Quantcast
Channel: OMG! – Perak Today
Viewing all 5557 articles
Browse latest View live

Thiah pemilik suara Boboiboy

$
0
0
boboi1.jpg.transformed_1

Bagi penggemar siri animasi Boboiboy, pasti tertanya-tanya siapa pemilik suara kartun superhero itu.

Jangan terkejut kerana di sebalik personaliti Boboiboy, dia adalah gadis berusia 17 tahun, Nurfathiah Diaz, 17.

Mula membabitkan diri sebagai pelakon suara sejak berusia tujuh tahun, Nurfathiah atau lebih mesra disapa Thiah tidak menyangka dia mampu bertahan sehingga sekarang.

“Saya meminjamkan suara bagi watak Upin dan Ipin sejak berumur tujuh sehingga 10 tahun.

“Selepas itu, saya meminjamkan suara untuk Boboiboy pada usia 12 tahun sehingga sekarang. Kiranya, tahun ini genap 10 tahun saya terbabit sebagai pelakon suara,” katanya.

Menurut Thiah, menjadi pelakon suara sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran sebaliknya rezeki itu hadir secara kebetulan.

Namun, secara perlahan-lahan minatnya terhadap bidang itu mula bercambah sehingga menjadi pilihan penerbit syarikat animasi.

“Saya tidak pernah tahu wujudnya bidang ini. Bukan apa, sejak kecil lagi ketika menonton kartun saya sangkakan itu adalah suara mereka sendiri.

“Apabila diberi peluang melakonkan watak Upin dan Ipin serta Boboiboy, baru saya faham.

“Ternyata ia bukan semudah disangka kerana perlu berlakon dengan emosi yang betul mengikut skrip disediakan. Ada ketika untuk satu-satu babak mengambil masa yang lama,” katanya.

Sambung Thiah, dia masih bersekolah seperti biasa kerana poses rakaman suara dilakukan pada setiap Sabtu dan Ahad.

“Jika kebetulan ada perkara penting atau pembetulan, baru proses rakaman dijalankan pada hari biasa.

“Kebiasaannya setiap kali sesi mengambil masa enam jam membabitkan satu episod. Tetapi ia juga bergantung kepada durasi babak itu,” katanya.

Menerusi filem Boboiboy, Thiah mengambil masa dua tahun untuk merakamkan suaranya kerana proses pembikinan filem itu dilakukan secara berterusan.

Selepas filem itu mendapat sambutan menggalakkan peminat di Malaysia, Thiah tidak sabar bertemu peminatnya di Indonesia pada 13 April ini.

“Memandangkan siri ini turut ditayangkan di Indonesia, jadi tidak dinafikan ramai peminat saya dari sana.

“Sejak mereka mendapat tahu filem ini bakal ditayangkan di sana, setiap hari Instagram saya dihujani komen mereka tidak sabar mahu berjumpa saya,” katanya.

Insurans suara

Sepanjang sedekad pembabitannya sebagai pelakon suara, Thiah mengakui berasa seronok dan berbaloi.

“Alhamdulillah, soal bayaran memang berbaloi kerana pelakon suara tidak memerlukan tenaga yang banyak.

“Paling penting, saya dapat bekerjasama dengan pekerja kreatif yang menjayakan siri animasi ini. Bagi saya, ia pengalaman berharga yang orang lain belum tentu dapat,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai kerjayanya itu, Thiah memberitahu dia tidak mengambil insurans suara, jauh sekali mengamalkan sebarang tip penjagaan suara.

“Bab makan saya tak ada pantang larang. Saya sama seperti remaja lain. Kalau kebetulan suara saya ada masalah, proses rakaman tidak dibuat.

“Kalau nak tahu, suara Boboiboy itu adalah suara sebenar saya. Berbanding kebanyakan pelakon suara lain, mereka boleh menukar jenis suara, tetapi tidak saya,” katanya.

Thiah berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran berapa lama berkhidmat sebagai pelakon suara.

Baginya, selagi ada rezeki dan permintaan, dia akan terus berkhidmat sebagai Boboiboy.

Thiah juga memasang impian mencuba bidang nyanyian dan pengacaraan.

“Sejak berada dalam bidang ini, saya teringin mengembangkan bakat sebagai pengacara. Malah, kalau diberi peluang menyanyi pun saya boleh.

“Cuma, kalau diminta berlakon awal-awal lagi saya menolak,” katanya.-harian metro


Amy Adams mahu terus jadi pelakon

$
0
0
image

SEBAGAI seorang selebriti, tidak kiralah sama ada wanita mahupun lelaki dituntut untuk sentiasa berpenampilan sempurna.

Sehubungan itu, bagi terus mempertahankan proses ‘kecantikan’, pasti saja pelbagai kaedah akan dilakukan termasuklah penggunaan botox.

Masalah sama turut dirasai oleh aktres, Amy Adams apatah lagi sebelum ini wajah menawannya persis puteri bukan lagi asing di kalangan peminat seni Hollywood mahu pun tempatan.

Menginjak usia 41 tahun, pemilik nama penuh, Amy Lou Adams ini mengakui wajahnya cepat berubah malah tanda-tanda penuaan juga semakin kelihatan.

Namun, anak kelahiran Vicenza, Itali, ini tidak cepat melatah bahkan terus bersemangat untuk menjadi seorang pelakon yang disegani.

“Saya berharap saya masih boleh terus berlakon walaupun wajah saya semakin dimamah usia.

“Saya sedar, di kaca TV sendiri semakin ramai orang baharu. Ya, saya mengenali mereka, tetapi mereka juga memerlukan masa yang lama untuk memperbaiki diri, “ katanya kepada majalah Saturday.

Meskipun begitu, Adams tetap laris sebagai bintang Hollywood.

Buktinya, ibu satu anak itu itu tidak hanya tampil sebagai pelakon tetapi juga menjadi penyanyi dan model.

Malah, Adams mengakui tidak suka menjadi perhatian ramai dan semua ini hanya dilakukannya sebagai memenuhi tuntutan ketika bekerja.

“Selepas menjadi seorang ibu, saya lebih suka menjadi seorang yang sangat simple. Itu sudah mencukupi,” katanya.

Warisi bapa

Darah seni yang mengalir dalam tubuh Adams, diwarisi daripada bapanya, Richard Adams yang juga seorang tentera di Amerika Syarikat.

Mengimbas kembali perjalanan seninya, isteri kepada pelakon, Darren Le Gallo ini memulakan kariernya pada 1999 selepas aktif bergiat dalam seni teater.

Pun begitu, Adams mula meraih perhatian sejak filem muzikal fantasi romantik lakonannya, Enchanted (2007) meraih kutipan tiket yang cukup membanggakan.

Bahkan, Adams turut menjadi sebutan sejak kali pertama dicalonkan untuk Oscar pada 2006 bagi kategori Aktres Pembantu Terbaik menerusi filem Junebug.

Kerjaya lakonannya juga berada di tahap yang cukup membanggakan apabila dinobatkan sebagai Aktres Terbaik bagi kategori Filem Komedi atau Muzikal di Anugerah Golden Globe menerusi filem American Hustle (2013) dan Big Eyes (2014).

Sehingga hari ini, Adams sudah membintangi lebih 50 filem antaranya Pumpkin (2002), Catch Me If You Can (2002), The Last Run

(2004), The Wedding Date (2005), Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby (2006), Charlie Wilson’s War (2007), Miss Pettigrew Lives for a Day (2008), Leap Year (2010), The Fighter (2010/I), The Muppets (2011), On the Road (2012), Trouble with the Curve (2012) dan The Master (2012).

Kembali jadi Lois Lane

Sebelum ini, Adams pernah tampil sebagai wartawan di syarikat akhbar terkenal, Daily Planet dan kekasih Superman menerusi filem pecah panggung, Man Of Steel.

Kali ini, watak itu dikembangkan menerusi filem terbarunya, Batman V Superman: Dawn Of Justice.

“Saya sangat suka dengan watak itu. Menjadi Lois Lane seperti hak istimewa yang nyata kepada saya.

“Saya tidak pernah berharap akan dipilih untuk memegang watak ini,” katanya.

Selain Adams, filem arahan Zack Snyder itu masih mengekalkan watak Superman kepada aktor tampan, Henry Cavill manakala watak Batman pula dibawakan oleh aktor, Ben Affleck.

Filem aksi itu turut dibintangi oleh Jason Momoa, Jeremy Irons, Jesse Eisenberg, Laurence Fishburne dan Gal Gadot.

Batman V Superman: Dawn of Justice mengisahkan bagaimana Batman mahu menumpaskan Superman kerana bimbang dengan tindakan Superman. Sementara bertempur, Lex Luthor pula mencipta ancaman baru iaitu Doomsday. Kedua-duanya perlu mengenepikan perbezaan mereka dan bersama dengan Wonder Woman bagi menghentikan rancangan Lex Luthor daripada memusnahkan Metropolis.-sinar harian

Jin Goo Akhirnya Buka Akaun Instagram

$
0
0
jin1

PELAKON Jin Goo akhirnya membuka akaun instagram pada 10 Mac lalu sebagai salah satu cara berkomunikasi dengan peminat-peminatnya.

Jin Goo yang baharu memuat naik tiga keping foto itu kini memiliki kira-kira 31,000 pengikut.

Pelakon filem C’est Si Bon itu memuat naik foto hitam putih pertama dengan kapsyen “selamat datang kepada yang pertama kali mengunjungi Instagram saya ini,”.

Jin Goo turut memuat naik fotonya berpakaian seragam tentera ketika memeggang watak Seo Dae Young dalam filem Descendants Of The Sun.

Dia turut menerima ribuan komen peminat-peminatnya yang meminta agar dia terus aktif berkomunikasi dengan pengikut-pengikutnya di laman sosial itu.-mstar

Hilang seri tanpa Aspalela

$
0
0
seri1.jpg.transformed_0

Konsert Tribute To Living Legend-Tan Sri SM Salim pada malam ini menjadi lebih dramatik jika penganjur dapat menggandingkan dua beranak, Aspalela Abdullah dan Tan Sri SM Salim. Kombinasi dua penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu asli ini mungkin tidak seklasik seperti Andy Williams dengan anak-anak buahnya dalam The Osmonds Brothers, namun memadai ia menjadi memori indah arena seni tanah air.

Bagi penyanyi Rozita Rohaizad, ketiadaan nama Aspalela Abdullah dalam konsert berkenaan turut mengundang simpatinya. Sebagai pewaris seni anak saudara kepada Biduanita Negara, Puan Sri Saloma, Rozita dapat memahami apa yang dirasai Aspalela untuk menyanyi demi famili.

“Rakan artis sebenarnya tertunggu-tunggu agar dua penyanyi tersohor yang ada pertalian keluarga ini dapat ditemukan melalui satu konsert. Usaha menganjurkan Tribute To Living Legend ini baik, cuma apabila mendapat tahu Aspalela tidak menjayakannya bukan sesuatu yang baik.

“Serba sedikit konsert berkenaan kehilangan seri kerana Aspalela dan SM Salim, dua nama besar di arena seni tanah air,” katanya.

Melalui Harian Metro pada 1 Mac lalu, Aspalela membuat kenyataan penyingkiran namanya pada saat akhir bagaikan satu penghinaan pada dirinya. Bekas juara Bintang Radio (RTM) 1968 berkata, sesudah dihubungi pihak Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) selaku penganjur, dia bagaikan tidak sabar beraksi dalam konsert itu sebagai tanda terima kasih kerana menyifatkan dirinya sebagai anak didik SM Salim.

“Bukan saya tidak puas hati, malah tidak kisah pun tetapi janganlah diperlakukan penyanyi veteran sebegini. Kenapa tidak beritahu awal dan jangan suruh saya bersedia dengan tajuk lagu yang akan dinyanyikan termasuk meminta nombor akaun bank.

“Saya turut menjaga kesihatan diri supaya dapat membuat persembahan terbaik, namun apabila sudah disingkirkan, saya rasa tersinggung. Mereka yang terbabit dalam penganjuran konsert itu langsung tidak menjaga maruah dan menghormati perasaan orang,” katanya.

Melalui komen balas Presiden YA1M, Datuk DJ Dave berkata, tiada unsur pilih kasih dan diskriminasi kerana pemilihan artis dibuat pihak Radio Televi­syen Malaysia (RTM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak YA1M sendiri.

Bagaimanapun, selang sehari kemudian DJ Dave membuat kenyataan keputusan yang memilih artis membuat persembahan sempena Konsert Tribute To Living Legend-Tan Sri SM Salim dibuat SM Salim dan keluarganya. Daripada 30 nama dicadangkan, hanya 18 artis terpilih.

Menurut Rozita, memang tidak sesuai dan tidak profesional sebuah organisasi yang sudah menawarkan kemudian menidakkan.

“Konsert penghargaan buat SM Salim, bermakna bukan sahaja lagunya harus diutamakan, apa saja peninggalan beliau bermaksud apa yang diusaha dan lahirkan antaranya bintang lagu asli yang kebetulan anak saudaranya sendiri, Aspalela Abdullah. Cubalah profesional sikit.

“Mengapa pemilihan awal wakil pihak penganjur menjemput Aspalela, seharusnya berbincang dulu dengan SM Salim. Secara peribadi, saya turut berasa sedih kerana apa yang berlaku pada Aspalela seperti sanggup menutup pintu rezeki anak seni,” katanya.

Sementara itu Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihak YA1M perlu lebih bijak dalam hal berurusan dengan artis legenda kesayangan negara seperti Aspalela kerana jiwa penyanyi veteran lazimnya halus dan mudah tersentuh.

“Pihak SM Salim boleh tentukan siapa artis dipilih sebab ini konsert atas namanya. Tapi cara hal ini dikendalikan menjadi tanda tanya kenapa tidak dapat persetujuan sebelum hubungi penyanyi. Jika buat demikian, saya percaya tiada masalah,” katanya.

Aspalela ketika dihubungi kelmarin mengakui rindu untuk menyanyi kembali bersama ayah saudaranya itu tetapi dia reda apa yang berlaku.

“Saya harap isu ini tidak berpanjangan, saya reda dan terima kasih pada rakan artis yang beri sokongan semangat pada saya,” katanya.-harian metro

Marx imbau nostalgia bersama peminat

$
0
0
marx1.jpg.transformed

Tiada siapa dapat menidakkan kehebatan penyanyi dan komposer terkenal, Richard Marx apabila beraksi di pentas mahupun konsert. Malah, pada usia 52 tahun, vokal penyanyi kelahiran Chicago, Amerika Syarikat ini tetap sehebat era kegemilangannya dulu.

Justeru, tidak hairanlah konsert solonya, Richard Marx Jelajah Asia 2016 yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada tanggal 9 Mac lalu berjaya memukau kira-kira 3,500 penonton yang membesar dengan lagu-lagunya.

Marx mengakui dia sangat teruja setiap kali mengadakan konsert jelajah di Malaysia.

“Sebagai penghibur, saya berasa sangat dekat dengan peminat di Kuala Lumpur. Sebenarnya, sudah lima kali saya menjayakan konsert di negara ini. Saya teruja setiap kali bertemu peminat setia di sini dan berharap konsert solo ini dapat mengubat kerinduan mereka,” katanya.

Sudah namanya penghibur profesional, Marx bukan sahaja menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu popularnya malah turut membawa penonton mengimbau nostalgia setiap lagu yang disampaikan pada malam itu.

Antaranya, Marx turut berkongsi pengalaman menarik ketika mencipta lagu untuk kumpulan Nsync, This I Promise You yang sangat popular dan digilai golongan muda.

“Saya masih ingat lagi, kami terpaksa mencari studio yang jauh dan tersorok daripada orang ramai untuk mengelak tempat itu diketahui peminat fanatik wanita.

“Namun, peminat wanita tetap dapat menghidu lokasi studio itu dan sanggup menunggu lama untuk bertemu ahli kumpulan Nsync, walaupun proses rakaman lagu ini berakhir pada jam 4 pagi. Anggota Nsync terpaksa keluar ikut pintu belakang untuk mengelak diserbu peminat wanita yang masih menunggu di luar,” katanya.

Bukan mudah beraksi di pentas secara solo tanpa bantuan ramai pemuzik, namun Marx berjaya membuktikan kehebatannya membuat persembahan dengan iringan piano dan gitar di pentas.

Dia juga nampak lincah dan bertenaga seperti anak muda ketika beraksi sedangkan usianya sudah mencecah 50-an.

“Ada pihak media dan peminat bertanya apa rahsia saya kekal bertenaga? Jawapannya mudah saja, jaga pemakanan dan kerap bersenam,” katanya.

Marx juga bijak memilih lagu dengan mendendangkan karya hitnya termasuk lagu baru daripada album kelapannya, Beautiful Good Bye.

“Tidak dinafikan dalam mana-mana konsert pun, peminat mahu saya menyampaikan lagu hits tetapi tidak salah jika saya menyelitkan satu atau dua lagu baru. Just Go daripada album Beautiful Good Bye dihasilkan pada 8 Julai 2014,” katanya.

Pada malam cukup bermakna itu, Marx menghiburkan pengikut setianya dengan lagu Endless Summer Nights, Take This Heart, Keep Coming Back, Hazard, Save Me, Turn Off The Night, Dance With My Father Again, This I Promise You, Satisfied, Don’t Mean Nothing dan Should’ve Known Better.

Penonton turut berpeluang menyaksikan persembahan istimewanya ketika menyampaikan lagu Angelia secara ‘unplugged’. Bagi melengkapkan lagi persembahannya, Marx me­nyampaikan lagu paling dinanti ramai iaitu Now and Forever dan Right Here Waiting sambil memetik piano dengan disambut tepukan gemuruh penonton.

Tiga anak lelaki ikut jejak ceburi bidang muzik

Sebagai bapa, Marx sangat berbangga apabila anak mengikut jejaknya menceburi bidang muzik. Hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri, aktres Cynthia Rhodes, 59, Marx memiliki tiga anak lelaki iaitu Brandon, 25, Lucas, 23 dan Jesse, 22. Malah, Marx turut menayangkan rakaman video anak-anaknya bermain alat muzik di skrin sekali gus mengiringi persembahannya ketika mendendang­kan lagu Save Me pada malam itu.

Ketika ditemui pada sidang media yang berlangsung di KL Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini, Marx berkata, hubungannya dan anak-anak sangat rapat.

“Saya tidak pernah menghalang mereka menceburi bidang muzik dan sentiasa menyokong mereka. Pada pandangan saya, mereka berbakat. Lucas lebih meminati genre muzik R&B dan Jesse pula ‘heavy metal’.

“Bila ada kelapangan, kami akan berlatih bersama di rumah apabila saya menyanyi dan mereka bermain alat muzik,” katanya.

Sesibuk manapun merencana karier muziknya, kata Marx yang dikenali dengan muzik romantis ini, dia tetap memastikan keluarganya tidak terabai.

“Saya baru saja berkahwin dan isteri baru saya juga hebat orangnya.

Bila ada kelapangan, kami akan bercuti ke tempat yang indah dan meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya.

Tiga dekad berkecimpung dalam bidang muzik, jualan album Marx sudah terjual sebanyak 30 juta unit di seluruh dunia. Bermula dengan single yang dihasilkan sendiri, penyanyi hebat ini terus melakar kejayaan demi kejayaan.

Selepas meletakkan dirinya pada tangga kelapan carta serta memonopoli empat kedudukan daripada Top 5 Single, Marx turut dicalonkan dalam kategori Persembahan Lelaki Rock Vokal Terbaik Anugerah Grammy menerusi lagu hitnya, Hold On To The Nights dan Don’t Mean Nothing pada 1988.

Menyusul selepas itu, albumnya, Repeat Offender berjaya berada di kedudukan teratas di kategori platinum dengan dua single popular iaitu Satisfied dan Right Here Waiting pada 1989.

Lebih memberangsangkan, kedua-dua albumnya Rush Street (lagu hit Keep Coming Back dan Hazard) dan Paid Vacation (Now and Forever) meraih platinum sekali gus meletakkan Marx pada tangga teratas selama tujuh tahun berturut-turut sekali gus menempa nama dalam sejarah pop rock.

Sehingga kini, Marx satu-satunya artis lelaki dalam sejarah yang berjaya menempatkan diri dalam Top 5 carta Billboard dengan tujuh single.

Konsert ini dianjurkan Fat Boys Malaysia dengan kerjasama Malaysia Major Events, Kementerian Pelancongan, Prestige dan Lite FM.-harian metro

Po kembali beraksi

$
0
0
image (5)

MASIH ingatkah anda akan beruang panda bernama Po yang mencintai seni mempertahankan diri, kung fu?

Selepas berjaya menggeletek dan menghiburkan peminat setianya menerusi Kung Fu Panda (2008) dan Kung Fu Panda 2 (2011), Po bersama rakan-rakanya, kembali menghiburkan penonton menerusi Kung Fu Panda 3.

Masih mengekalkan Jack Black yang mengekalkan suara sebagai Po, filem ini turut dibarisi pelakon terkenal lain seperti Angelina Jolie (Tigress), Dustin Hoffman (Master Shifu), Jackie Chan (Monkey), Lucy Liu (Viper), Seth Rogen (Mantis) dan Michelle Yeoh (Soothsayer).

Kung Fu Panda 3 juga menyaksikan Jennifer Yuh sekali lagi mengarahkan filem animasi ini bersama Alessandro Carloni selepas Yuh mengarahkan Kung Fu Panda 2.

Seperti dalam dua filem sebelumnya, animasi terbitan DreamWorks Animation ini mengisahkan panda bernama Po yang mahir dalam seni pertahanan diri kung fu.

Bercirikan budaya masyarakat China, sekuel ketiga ini menyaksikan Po akhirnya bertemu dan disatukan dengan bapa kandungnya.

Kemudian, Po bersama bapa kandungnya menjelajah ke sebuah perkampungan dan menemui banyak panda dengan perwatakan berbeza dan lucu.

Pada masa sama, Master Shifu menyatakan hasrat ingin bersara dan mengamanahkan tugasan mendidik anak muridnya kepada Po.

Tidak lama selepas itu, perkampungan Valley of Peace diserang musuh kuat bernama Kai yang mampu menarik kuasa ‘Chi’ daripada semua guru kung fu sehingga mencederakan anggota Furious Five.

Secara keseluruhannya, sama seperti dua filem Kung Fu Panda sebelum ini, Kung Fu Panda 3 masih mengekalkan momentum komedi yang mampu mencuit hati.

Pendek kata, dari permulaan filem tersebut, ada sahaja keletah dan kata-kata Po yang menggeletek penonton.

Biarpun perjalanan filem ini sudah boleh dijangka pengakhirannya, namun ia tidak sedikit pun mengurangkan rasa untuk mengetahui apakah yang berlaku hingga ke akhirnya.

Bukan itu sahaja, watak-watak lain di dalam filem ini juga banyak mencantikkan lagi perjalanan filem ini.

Grafik kelas A

Bukan itu sahaja, hasil filem-filem dari DreamWorks Animation sememangnya sudah boleh dijangka dari sudut teknikal.

Dari lagu membawa kepada permainan warna, grafik dan penyusunan cerita semuanya telah disusun cantik.

Pendek kata, sukar untuk mencari cacat cela filem ini dan anda juga tidak merasa rugi membeli tiket dan meluangkan masa untuk menonton filem ini.

Malah, jika anda mencari sebuah karya untuk ditonton bersama seisi keluarga sempena cuti sekolah ini, Kung Fu Panda 3 adalah jawapannya.

Justeru, bagi anda yang ingin mengetahui apakah yang akan terjadi kepada Po dan berjayakah dia mengalahkan Kai?

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam.-sinar harian

Akur bukan pilihan juri

$
0
0
kilau1.jpg.transformed_1

Daripada 10 peserta yang bertanding dalam persembahan konsert minggu pertama ‘Hot Seat’ Kilauan Emas Otai di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, baru-baru ini, tiada seorang pun peserta wanita yang layak.

Lima peserta lelaki yang terdiri daripada Ben, Elji, Idris, Nas dan Silah layak ke persaingan seterusnya manakala perserta wanita Taurath, Shamsiah, Aziana, Raida dan Rina terpaksa akur gagal mendapat tempat di hati juri.

Dalam keputusan yang diumumkan pengacara Raja Azura itu menyaksikan lima peserta lelaki terbabit bakal berentap dengan lima bekas juara Kilauan Emas iaitu Ali, Fuad, Mior, Arip dan Mustar.

Keputusan itu sesuatu yang baru kerana belum pernah lagi ada pertandingan realiti nyanyian yang hanya membariskan peserta lelaki semata-mata.

Agak janggal kerana di sebalik himpunan kumbang, tiada bunga yang terselit sebagai penyeri bagi meneruskan cabaran yang berbaki selama enam minggu.

Hakikat ini turut disedari dan diakui juri iaitu Datuk Ramli MS, Erra Fazira dan Edry selaku juri undangan pada malam itu.

Namun, ketiga-tiganya berharap semua pihak menerima keputusan ini dengan hati terbuka kerana mereka jujur dalam menilai persembahan dan kualiti peserta.

“Kami pilih peserta bukan hanya untuk konsert malam ini saja tapi untuk sepanjang pertandingan berlangsung. Ia perlu supaya mereka beri tekanan kepada sang juara yang menanti.

“Kita tak tahu minggu depan mungkin ada juara yang tersingkir jika ambil selesa cabaran daripada peserta Hot Seat ini. Mungkin peminat dengar nyanyian peserta dari sudut berbeza.

“Tapi apabila menyanyi di atas pentas besar, kami ambil kira semua faktor. Selepas ini akan ada beberapa minggu yang akan memberi tekanan tinggi kepada peserta dan nak atau tak, mereka kena hadapi,” kata Ramli.

Menurutnya, dari segi teknikal kemampuan peserta lelaki juga amat tinggi berbanding wanita.

“Sekarang kita ada 10 peserta lelaki dan daripada 10 ini, mesti ada yang mempunyai senjata yang kita boleh rasa nyanyiannya. Semuanya hebat tapi yang membezakan mereka ialah dari segi penguasaan pentas,” katanya.

Bagi Erra pula, meskipun kecewa dengan ketiadaan wakil wanita, dia mengakui kehebatan peserta yang mara ke pentas persaingan Kilauan Emas Otai.

“Awalnya saya jangka ada wakil wanita, tapi apabila dicampur markah dengan juri lain pun mereka tak boleh menyaingi markah yang dikumpul peserta lelaki.

“Saya lihat 10 peserta ini boleh menyanyi dengan baik, cuma cara mereka zahirkan di atas pentas agak berbeza. Dari aspek vokal semuanya bagus, tapi mereka perlu kreatif dalam per­sembahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Program Realiti & Format Astro Namanzee Harris berkata, pihaknya akan memikirkan cara terbaik sekiranya ada permintaan untuk mengundi masuk peserta wanita dalam Kilauan Emas Otai.

“Kalau boleh kita juga mahukan warna dalam program ini dengan penyertaan peserta lelaki dan wanita. Dalam hal ini bakat diketengahkan terlebih dahulu. Apapun kami faham kehendak penonton.

“Jika betul ada keperluan untuk serapkan peserta wanita, kami akan berbincang dengan semua pihak termasuk juri. Kami kena akui penonton ada hak mereka. Mungkin kami akan pertimbangkan perkara ini,” katanya.

Format pemarkahan Kilauan Emas Otai menggunakan konsep 50 peratus juri profesional dan 50 peratus undian SMS.

Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib juara pula akan memenangi wang tunai RM50,000 berserta trofi, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.-harian metro

Eyra Rahman ada sebab tersendiri pilih Rani Kulup

$
0
0
image (6)

TAMPIL dengan imej beret merah, berbaju seragam berwarna merah dan hitam, kelibat Abdul Rani Kulup Abdullah, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Malah, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) sudah cukup dikenali kerana beliau sering membuat laporan polis berkaitan isu semasa terutamanya hal yang menyentuh agama Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Turut digelar ‘Raja Report’, kelibat Rani Kulup ada lebih mesra di panggil Ayah, akan dapat dilihat menerusi filem pertama lakonannya, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi terbitan Metrowealth Picture (MIG).

Filem arahan Eyra Rahman ini turut menyaksikan gandingan pelakon lama dan baharu seperti Kartina Aziz, Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Julia Farhana Marin, Aizat Hassan dan ramai lagi.

Menurut Eyra, pemilihan Rani Kulup di dalam filem ini adalah di atas perbincangan bersama dengan pihak MIG.

“Pada asalnya, filem ini mengisahkan kehidupan seorang nenek dan tiga cucu kecil dan melibatkan percintaan tiga segi.

“Tapi saya cadang untuk wujudkan watak datuk agar filem ini lebih ceria. Jadi untuk tampilkan kelainan, saya buat sedikit kajian dan cadangkan untuk menampilkan Rani Kulup di dalam filem ini.

“Bagi saya pemilihan beliau di dalam filem ini memberi satu cabaran buat saya kerana beliau tidak pernah berlakon. Namun Alhamdulillah, semua pelakon dan Rani Kulup sendiri memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang menyiapkan filem ini,” katanya kepada Zass.

Tambah Eyra, dia juga tidak menafikan pemilihan Rani Kulup adalah sebagai strategi menarik penonton ke pawagam.

Bagaimanapun tegasnya, ke semua pelakon lain juga mempunyai aura tersendiri untuk menarik perhatian penonton menyaksikan filem ini.

“Tidak dinafikan Rani Kulup mempunyai pengikut dan aura yang tersendiri. Tapi bukan dia sahaja, saya percaya semua pelakon juga mempunyai aura mereka yang tersendiri.

“Antara sebab lain saya mempertaruhkan Rani Kulup di dalam filem ini bukan menjadikan beliau sebagai boneka untuk ditertawakan, tetapi untuk menunjukkan dia juga mempunyai bakat seni di dalam dirinya,” katanya.

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi mengisahkan Sapura (Atikah) seorang peguam, bercinta dengan seorang pelakon yang sedang meningkat naik iaitu, Eddie (Hafreez).

Dunia mereka yang berbeza membuatkan Sapura sering rasa tergugat dengan hubungan percintaan mereka lebih-lebih lagi Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon bernama Maya (Julia).

Atok Sapura, Tok Daddy (Rani Kulup) dan nenek Sapura, Nanny Rockie (Kartina) atau nama sebenarnya Nek Rokiah membesarkan adik Sapura yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah selepas kematian ibu serta ayah mereka.

Akim, Afiq dan Sarah tahu tentang hubungan percintaan kakaknya itu, namun mereka membantah perhubungan mereka kerana sikap Eddie yang tidak menyenangkan mereka.

Hisham (Aizat), rakan baik Sapura sejak kecil telah menyimpan perasaan terhadap Sapura. Hisham memang sayangkan Sapura namun, tidak pernah memberitahu Sapura. Hisham juga sangat rapat dengan atuk dan nenek Sapura.

Pada suatu malam, di hari jadi Sapura, satu kejadian yang tidak disengajakan telah berlaku. Eddie telah tersasul menyebut nama ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Oleh kerana marah dengan kejadian itu, Sapura membawa dirinya ke kampung. Eddie juga turut pulang ke kampung Sapura untuk memujuk Sapura.

Namun, adik-beradik Sapura mempunyai rancangan lain untuk merosakkan hubungan mereka. Ini kerana, mereka merasakan Sapura lebih layak bersama Hisham.-sinar harian


Mizz Nina lebih selesa baca puisi

$
0
0
INTO_TAQWA_MIZZ_NINA.transformed

KUALA LUMPUR: Selepas memutuskan untuk mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu, Mizz Nina tidak lagi mengadakan persembahan nyanyian di khalayak ramai.

Bukan sekadar tidak bersedia untuk menyanyi di hadapan penonton lelaki, malah isteri kepada anggota Hujan, Noh Salleh, ini juga enggan lagi berbuat begitu biarpun pada acara yang hanya dihadiri golongan Hawa.

Ditemui pada majlis sidang media rancangan Into Taqwa With Mizz Nina, baru-baru ini, beliau mengaku masih menerima undangan untuk mengadakan persembahan pada majlis membabitkan khalayak perempuan, tetapi dirinya tidak akan menyanyi.

Sebaliknya, Mizz Nina atau sebenarnya Shazrina Azman, 35, lebih selesa untuk menyampaikan puisi saja andai diminta berbuat begitu.

“Alhamdulillah, saya sudah berhenti menyanyi sejak tiga tahun lalu. Walaupun masih menerima jemputan menyanyi untuk program membabitkan golongan wanita, saya masih tidak bersedia. Menyanyi memerlukan latihan.

“Begitupun, ada kala saya menyanyi juga, tetapi sekadar di rumah. Kalau persembahan nyanyian, memang saya tidak lagi terbabit. Meskipun begitu, saya serahkan sepenuhnya perkara itu kepada suami.

“Apabila ada permintaan untuk saya menjayakan persembahan, sekarang saya lebih selesa membacakan puisi saja,” katanya.

Mengenai program televisyen diacarakan olehnya, Mizz Nina berkata, itulah kemunculan pertamanya menerusi rancangan bual bicara berbahasa Inggeris di TV AlHijrah.

Rancangan berkenaan akan mula disiarkan pada 20 Mac ini.

Pengacaraan juga menjadi fokusnya ketika ini, selain program berbentuk kemanusiaan.

Tahun ini, katanya, beliau dan suami cuba untuk sama-sama menjayakan misi kemanusiaan ke Thailand.-berita harian

NU Sentral anjur pameran memperingati P Ramlee

$
0
0
KUALA LUMPUR 11 MARCH 2016.Pameran Lagenda P Ramlee di Nu Sentral (untuk HIP) NSTP/EMAIL

KUALA LUMPUR: Selami kisah hidup dan koleksi peribadi Seniman Agung tanah air, Allahyarham Tan Sri P Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh menerusi pameran eksklusif, Legenda P Ramlee yang berlangsung di pusat beli-belah, NU Sentral, di sini, sepanjang musim cuti persekolahan ini.

Diadakan sempena memperingati ulang tahun kelahiran P Ramlee pada 22 Mac, pengunjung berpeluang menyaksikan himpunan peribadi di samping mendapatkan pelbagai maklumat mengenai seniman kebanggaan negara itu.

Pameran berlangsung hingga 20 Mac ini.

Dianjurkan hasil usaha sama NU Sentral dan Arkib Negara, antara koleksi sebenar yang dipamerkan adalah beca yang digunakan P Ramlee dalam filem, Penarik Becha, vespa, piring hitam, pingat dan alat muzik.

Pameran selama seminggu itu turut berkongsi pelbagai maklumat mengenai P Ramlee antaranya biografi, pencapaian, kisah hidup dan filem terbaik yang pernah dibintanginya.

Pengurus Besar Pusat Beli-Belah NU Sentral, Zetty Rahim, berkata pengunjung berpeluang menonton pelbagai filem lakonan P Ramlee di Wayang Pachak eksklusif atau teater mini khas secara percuma sepanjang pameran.

“Sudah 43 tahun pemergian Allahyarham ke pangkuan Ilahi, namun sumbangan dan jasanya tidak pernah luput di ingatan pencinta seni tanah air.

Mungkin generasi muda masa kini semakin lupa, malah kurang mengenali siapa sebenarnya insan seni bernama P Ramlee.

“Justeru, pameran ini bertindak sebagai medium untuk mendidik orang ramai terutama generasi muda mengenai Seniman Agung itu.

Ia juga memberikan peluang kepada pengunjung untuk memperingati, mengenang dan menghargai sumbangannya dalam arena seni,” katanya.

NU Sentral juga menganjurkan pertandingan pencarian bakat, P Ramlee Star Search. Mereka yang berminat dipelawa menghantar rakaman selama dua minit anda ke laman Facebook, NU Sentral.

Pertandingan akhir akan berlangsung pada 19 Mac ini.

“Arena yang tersedia di NU Sentral disempurnakan dengan data, maklumat dan koleksi asli dari Arkib Negara ini menghasilkan kerjasama atau gandingan yang bermanfaat.

Sedikit sebanyak, pengunjung berpeluang mengenali dan mendekati karya serta peninggalan berharga insan yang banyak berjasa kepada pembangunan seni negara”, katanya.-berita harian

Siti Nurhaliza Jadi Juri Program Silat Sokong Memartabatkan Budaya Melayu

$
0
0
siti1

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerima tawaran sebagai juri dalam program realiti Akademi Silat Pendekar Muda terbitan TV Alhijrah adalah sebagai tanda sokongan terhadap budaya tradisonal Melayu.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 37, berkata, dia yang meminati seni mempertahankan diri itu berasa terpanggil untuk sama-sama terlibat dalam mempromosi rancangan yang mengangkat martabat seni warisan berkenaan.

“Sebenarnya tawraan datang lambat dan secara tiba-tiba daripada Cikgu Rozaidi atau Wak Didi iaitu guru yang mengajar saya dan suami asas persilatan.

“Saya terima kerana saya seorang yang suka kepada budaya tradisional, dahulu ketika di sekolah pun saya menyertai Persatuan Silat. Saya seronok melihat budaya kita diangkat martabatnya,” ujarnya kepada mStar Online.

Siti berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam program Akademi Silat Pendekar Muda yang mula bersiaran pada episod pertama Rabu lalu di TV Alhijrah.

Bagaimanapun, disebabkan kekangan jadual, Siti berkata, dia terlibat menjayakan program itu selama dua episod sahaja.

“Mereka mahu saya terlibat hingga akhir episod, tetapi sayangnya saya sudah sibuk dengan latihan konsert akan datang, jadi dapat hingga dua episod sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kemahiran silat, Siti berkata, dia belajar seni mempertahankan diri tersebut secara asas sebagai pelindung buat dirinya.

“Saya tidak begitu panda tapi tahulah sikit-sikit. Kalau berhadapan dengan kecemasan terkeluar jugalah silat saya,” ujarnya.

Akademi Silat Pendekar Muda bersiaran pada setiap Rabu pukul 9 malam di TV Al hijrah.

Program itu dihoskan oleh pelawak Ebby Yus dan Jimmy Shanley.-mstar

Anak Azman (Flop Poppy) Selamat Jalani Pembedahan Pertama

$
0
0
Azman Flop Poppy

PETALING JAYA: Anak kepada bekas pemain dram Flop Poppy Azman Ismail yang mengalami masalah usus tidak bersambung selamat menjalani pembedahan pertama 3 Mac lalu di Hospital Kuala Lumpur.

Azman, 44, berkata, anaknya iaitu Putra Azrullah kini berusia tujuh bulan itu bakal menjalani pembedahan kedua pada April ini bagi menyambung usus tersebut kesaluran yang betul.

“Alhamdulillah pembedahan pertama bagi menebuk lubang najis sudah berjaya dan doktor beritahu akan membuat pembedahan kedua pada April depan.

“Pembedahan kedua itu adalah bagi menyambung usus ke lubang tersebut agar najis boleh keluar secara normal,” ujarnya kepada mStar Online.

Azman berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kesihatan bayi berkenaan selepas menjalani pembedahan.

Tambahnya, buat masa ini keadaan kesihatan anaknya stabil, namun masih dalam pemerhatian pihak hospital.

“Bayi saya stabil tetapi biasalah dia sering menangis kerana mungkin rasa sakit dan tidak selesa selepas pembedahan itu,

“Kami sudha bawa balik ke rumah dan akan mendapatkan rawatan seperti biasa setiap minggu untuk memastikan kesihatan dia berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

Pada 1 Mac lalu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengadakan program jelajah busking di enam lokasi terpilih bagi mengutip derma membiayai pembedahan bayi malang itu.

Program tersebut turut mendapat sambutan penyanyi tempatan dan orang ramai yang prihatin terhadap nasib bayi malang tersebut.-mstar

Hyeri (Girl’s Day) Dimasukan Ke Hospital Akibat Meningitis

$
0
0
hyeri

SELEPAS Reply 1988 minggu lalu, salah seorang anggota kumpulan Girl’s Day iaitu Hyeri dikejarkan ke sebuah hospital kerana demam dan sakit kepala.

Wanita itu dilaporkan mengalami sakit meningitis dan mendapatkan rawatan lanjut di sebuah pusat perubatan di Korea Selatan.

Pihak pengurusan Girl’s Day iaitu DreamT Entertaiment memberitahu Hyeri akan direhatkan daripada aktiviti kumpulan tersebut sehingga dia benar-benar pulih.

“Saya kini semakin stabil dan terima kasih kepada peminat yang bimbang dengan kesihatan saya. Saya akan balas sokongan semua apabila saya sembuh tidak lama lagi,” ujar Hyeri menerusi agensinya.

Penyakit meningitis adalah radang selaput otak, ia merupakan jangkitan bakteris yang serius kepada mambran otak dan saraf tunjang.-mstar

Rupanya Faizal AF4 sudah 3 kali kahwin

$
0
0
image (4)

BEKAS juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat iaitu Faizal membuka cerita bahawa sebelum ini dia pernah terjerumus dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurut Faizal, dia terlibat dalam lembah hina ini kerana salah dirinya sendiri. Salah memilih kawan dan terlalu mengikut kata hati. Akhirnya menemui kegagalan dan kehancuran hidup.

“Dulu saya umpama tidur atas duit. Setiap bulan saya menerima pendapatan berpuluh ribu, cukup lumayan. Ketika itu saya hanya budak kampung yang diangkat sebagai juara. Usia masih muda, disanjung dan dipuja, saya seperti terkena kejutan budaya dan akhirnya mula lupa diri.

“Ketika itu tiada siapa pun yang cuba menarik saya daripada lembah hina dan kehancuran. Hidup saya makin terumbang ambing. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa,” ujarnya yang dipetik BH Online.

Akur dengan penyesalannya, kini Faizal matang dan lebih menghargai hidup baru.

Untuk makluman, dua perkahwinannya yang terdahulu gagal diselamatkan. Jelas Faizal, perkahwinan pertamanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang permata hati, Nur Alia Damia berusia tujuh tahun. Manakala perkahwinan kedua hancur tidak sampai setahun.

“Ini merupakan perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada awalnya isteri kerap menangis dek perbuatan saya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang mahu melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia,” katanya.

Tambah Faizal lagi, kehadiran isteri ketiganya ini bagai satu nafas baru dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi ketika ini isterinya, Sahidatul Najiha hamil tiga bulan.

Menyentuh perkembangan lain, Faizal kini mengusahakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan, Beauty 18 bersama Linda Mohd Shariff menerusi syarikat Care Synergy Sdn Bhd.-sinar harian

Farah kembali lebih yakin

$
0
0
farah1.jpg.transformed_4

Bermula dengan watak kecil ketika mula bertapak pada 2011, kini Farah Nabila, 24, memegang watak utama dalam siri Inikah Cinta berganding dengan Niezam Zaidi.

Itu juga kali pertama Farah menjadi teraju dan reaksi penonton terhadap lakonannya dalam drama bersiri itu mendapat perhatian.

Bagaimanapun, Farah pernah membuat keputusan mengejutkan apabila tidak menerima sebarang tawaran berlakon kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pe­ngajiannya.

Pelajar jurusan Psikologi di sebuah pusat pengajian tinggi swasta ini mengakui lima tahun senyap daripada industri kerana ingin memberikan tumpuan kepada pelajaran.

“Saya dijangka menamatkan kuliah pada Mei ini dan hanya akan aktif selepas bergelar graduan. Saya lebih rela meninggalkan pentas lakonan buat sementara waktu berbanding menangguhkan pengajiannya.

“Memanglah pada awal kemunculan umum mula mengenali saya tetapi saya rasa lebih rugi kalau tidak menamatkan pengajian dalam masa ditetapkan. Lebih baik saya habiskan kuliah terlebih dahulu, barulah aktif semula.

“Tambah pula sekarang saya berada pada semester akhir. Tidak perlu terburu-buru untuk kembali ke dunia lakonan. Saya pasti apabila tiba masanya, kerjaya itu akan berjalan lancar,” katanya.

Walaupun sudah lama tidak beraksi di depan kamera, dia gembira kerana lakonannya dalam Inikah Cinta mendapat maklum balas memberangsangkan.

Kata Farah, sepupunya menjadi pengkritik tetap lakonannya. Dahulu mereka mengatakan lakonannya kaku tetapi kali ini lebih bersahaja.

“Ada hikmah sebenarnya apabila mengambil jurusan Psikologi dan memperlahankan kerjaya seni. Apabila berlakon semula, saya lebih yakin dan lakonan juga mengalami perubahan yang sangat besar.

“Dulu sepupu selalu cakap lakonan saya ‘kayu’ tetapi kali ini mereka puji lakonan saya sudah okey dan kelihatan bersahaja. Itu adalah maklum balas yang baik dan saya gembira. Walaupun lama tidak berlakon, lakonan saya ada perubahan.

“Jurusan yang saya ambil itu juga sebenarnya banyak membantu. Mungkin kelihatan seperti tidak nampak kaitan tetapi hakikatnya banyak membantu saya merealisasikan watak Rose Adeline.

“Dengan psikologi saya dapat menyelami karakter itu. De­ngan pemahaman itulah ia dapat membina gerak dan bahasa tubuh serta pandangan mata. Semua itu saya belajar daripada kuliah,” katanya.

Selain itu, kata Farah, dia juga mengamalkan menonton sekurang-kurangnya satu filem pada satu malam. Tidak kira genre apa, ia dijadikan rutin bagi mempelajari teknik daripada pelakon yang membintangi filem yang ditonton.

Farah juga tidak risau bermula dari bawah dan terpaksa mendaki lagi untuk menuju ke puncak.

Katanya, dia percaya kepada rezeki. Walaupun dia berlakon dengan baik, andai bukan rezeki ia tidak akan menjadi miliknya.

“Saya percaya semuanya atas rezeki. Ada perkara yang kita tidak sangka tiba-tiba datang kepada kita. Itulah rezeki kita. Tetapi kalau sudah ditetapkan sesuatu itu bukan rezeki kita, apa pun yang kita lakukan ia tidak akan menjadi milik kita.

“Popular atau tidak semuanya bergantung pada rezeki juga. Tidak perlu terkejar-kejar. Semua perkara ada waktunya, yang membezakan cuma masa sama ada lambat mahupun cepat.

“Walaupun industri ramai muka baru, masing-masing ada rezeki­nya,” katanya.

Pelakon yang pernah membintangi Pucuk Muda Kerabu Taugeh itu akui terperanjat apabila mula menjadi perhatian. Dia tidak menyangka lakonannya dalam Inikah Cinta mendapat perhatian penonton.

Malah apabila me­ngunjungi tempat umum pasti ada yang mengajaknya merakam gambar bersama. Farah mengandaikan itu adalah permulaan yang baik sebelum sepenuhnya aktif dalam lakonan.

“Saya menerima tawaran ini, TV3 yang yang menghubungi saya dan meminta untuk hadir uji bakat. Saya pun pergi dan tidak sangka dapat watak itu. Saya perlu berterima kasih kepada mereka kerana memberikan peluang.

“Saya masuk industri bermula sebagai model iklan walaupun niat asal mahu menjadi hos. Ternyata rezeki saya dalam lakonan. Saya pun tidak tahu sama ada masih boleh mencapai impian itu ataupun tidak kerana saya gugup apabila bercakap depan kamera,” katanya.-harian metro


Bakat DiCaprio diiktiraf

$
0
0
caprio1.jpg.transformed

Aktor kacak Leonardo DiCaprio, 41, adalah anak tunggal George DiCaprio dan Irmelin Indenbirken. Ibu bapanya berkenalan ketika sama-sama belajar di kolej kemudian menetap di Los Angeles.

Apabila ibu bapanya berpisah ketika usianya setahun, dia tinggal bersama ibunya yang melakukan pelbagai kerja untuk menyara mereka dua beranak.

Susur galurnya unik. Ibunya Jerman manakala bapanya kacukan Itali dan Jerman. Datuknya, Wilhelm Indenbirken warga Jerman manakala neneknya, Helene Indenbirken adalah warga Jerman yang dilahirkan di Russia.

DiCaprio pernah tinggal di Jerman bersama datuk dan neneknya ketika kanak-kanak dan mengaku dalam dirinya mengalir darah Russia kerana datuk dan neneknya berasal dari Russia.

Kerjaya seni DiCaprio bermula di TV untuk iklan komersial kemudian berlakon siri TV seperti drama rantaian Santa Barbara dan sitkom Growing Pains pada awal 1990-an.

Dia melangkah ke layar perak pada 1991 melalui Critters 3 tetapi filem This Boy’s Life (1992) melakar kejayaan buatnya apabila dipilih oleh Robert De Niro daripada 400 pelakon muda yang menjalani uji bakat untuk watak utama.

Filem What’s Eating Gilbert Grape sebagai adik Johnny Depp pada 1993, mendapat perhatian pengkritik hingga membawa pencalonan pertamaya di Anugerah Academy dan Golden Globe.

Kerjaya lakonannya berada di puncak pada 1997 apabila berlakon filem Titanic arahan James Cameron. Watak Jack Dawson dan berlakon di samping Kate Winslet menjadikan dirinya pelakon diminati apabila filem itu mencatat kutipan box-office.

Filemnya selepas itu, The Beach, Catch Me If You Can, Gangs of New York, The Aviator, Blood Diamond, The Departed, Body of Lies, Revolutionary Road, Inception (2010), Django Unchained (2012), The Wolf of Wall Street dan terbaru, The Revenant mengukuhkan lagi namanya.

Lima kali dicalonkan merebut Anugerah Academy (tiga kali untuk Aktor Terbaik dan dua kali Aktor Pembantu Terbaik), akhirnya The Revenant membawa tuah kepadanya apabila menggenggam Oscar kali pertama pada majlis ke-88 pada 29 Februari lalu.-harian metro

Konsert 35 Tahun Search ditangguh

$
0
0
seartend.transformed

KUALA LUMPUR: Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, menganggap penangguhan konsert sempena 35 tahun kumpulan berkenaan mempunyai hikmah tersendiri.

Bercakap kepada BH Online beliau berkata, penangguhan berkenaan umpamanya boleh memberikan ruang kepada penaja baharu yang ingin sama-sama menjayakan konsert bersejarah Search itu.

Semalam, penganjur Konsert Search 35 Tahun, AFJets Sdn Bhd bersama-sama kumpulan berkenaan mengambil kata sepakat untuk menangguhkan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 9 April depan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak terbabit, keputusan berkenaan diambil atas faktor keselamatan pengunjung dan keadaan persekitaran Stadium Merdeka yang menjadi lokasi persembahan mereka.

Ketika ini, projek pembinaan sedang rancak diadakan berdekatan kawasan stadium terbabit dan Amy berasakan perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan keselamatan orang ramai.

“Kita kena pertimbang apa saja kemungkinan yang boleh terjadi selepas ini, dengan segala masalah berbangkit. Pihak penganjur juga perlu bertanya kepada pihak stadium mengenai impak pembinaan itu ke atas konsert ini, atau barangkali kita perlu menukar lokasi persembahan ke tempat lain. Semuanya harus difikirkan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Menurut Amy, beliau dimaklumkan pihak yang membuat lawatan dan pemeriksaan di sekitar stadium itu, minggu lalu, menyifatkan ia semakin kritikal dan boleh membahayakan nyawa.

“Keadaan di sekeliling stadium itu akan bertambah teruk lagi selepas ini. Saya diberitahu, lot tempat letak kereta juga sudah tiada kerana pembinaan terbabit.

“Sebelum ini pelbagai perancangan sudah diatur untuk memastikan keraian kumpulan kami menjadi benar-benar hebat. Ia termasuk karnival yang dirancang di persekitaran konsert, tetapi kini sudah ‘dimakan’ projek pembinaan itu,” katanya.

Peminat yang sudah membeli tiket menyaksikan konsert berkenaan masih boleh menggunakannya selain mendapatkan hadiah istimewa disediakan penganjur dan kumpulan itu sendiri.

Pihak penganjur dan Search juga memohon maaf atas segala kesulitan dan berjanji akan memberikan yang terbaik pada konsert itu nanti.

Perkembangan Konsert Search 35 Tahun boleh diikuti di laman sesawang www.afjets-search.com, Facebook (Fenomena Search atau Amysearch), Instagram (Fenomena Search dan AkuAmySearch) serta Twitter (Fenomena Search).-berita harian

Mesra cetus nostalgia Sembilu

$
0
0
awie1.jpg.transformed_3

Filem Sembilu yang diterbit dan ditayangkan kepada umum 22 tahun lalu, menjadi saksi kemesraan hubungan di antara pelakon jelita, Erra Fazira dan penyanyi juga pelakon, Awie.

Filem arahan Datuk Yusof Haslam itu menjadi fenomena dan dilaporkan sebagai filem paling berjaya ketika itu berdasarkan kutipan pecah panggung, RM4.2 juta.

Biarpun sudah lama berlalu, jenama Sembilu tidak pernah lekang daripada minda peminat setia filem terbitan Skop Production.

Itu kisah lama. Terbaru mereka berdua disatukan kembali menerusi filem Warna Cinta Impian, arahan NS Krishna dan terbitan Touchtronics Entertainment.

Dalam filem itu, momen imbas kembali saat kegemilangan Erra dan Awie di layar disuntik secara bersahaja. Malah ada satu babak ditujukan khas buat filem popular itu diselitkan dalam Warna Cinta Impian.

“Sewaktu penggambaran filem ini, kami banyak imbas kembali momen ketika menjalani penggambaran Sembilu. Ketika itu usia saya baru 25 tahun,dan kalau tidak salah saya Erra berusia 19 tahun.”

“Apa saja kisah cinta kami waktu itu, kami anggap sama seperti kisah cinta remaja yang terbawa-bawa sampai ke luar. Apabila disatukan kembali, kami ketawa sebab teringat­kan zaman itu,” kata Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 48.

Pelakon popular juga penyanyi utama kumpulan Wings itu akui menerima tawaran daripada pihak produksi tidak kerana akan digandingkan bersama bekas kekasihnya, sebaliknya disebabkan kesungguhan yang ditunjukkan mereka untuk gandingkan mereka berdua.

Katanya, saat ditawarkan membintangi filem terbabit, jadual seni Awie dan Erra sangat padat. Malah mereka berdua beberapa kali menolaknya.

Begitupun, disebabkan pihak produksi sanggup tunggu dan bersetuju mengikut jadual seni kedua-dua artis itu, akhirnya mereka menerima tawaran yang diberikan. Malah pihak produksi juga memberi kebebasan kepada Awie dan Erra memberi idea bertujuan menambah baik jalan cerita sedia ada.

“Filem ini diinspirasikan daripada Sembilu dan ia dihasilkan kerana minat pihak produksi terhadap karya Yusof. Walaupun ada sedikit elemen Hindustan pada awalnya, kami duduk berbincang untuk pastikan elemen Melayu tetap ada.

“Kami diberi kebebasan untuk improvisasi dialog mengikut keselesaan dan segalanya dilakukan atas persetujuan bersama antara kami, pengarah dan penulis skrip,” kata Awie lagi.

Erra atau Fazira Wan Chek, 42, bersetuju dengan pandangan Awie mengenai usaha mengembalikan nostalgia Sembilu ke dalam Warna Cinta Impian.

Pun begitu, katanya, apa yang berlaku dua dekad lalu tidak wajar dijadikan isu hingga boleh menimbulkan pandangan negatif daripada pihak luar. Cukup sekadar kenangan lalu dilalui mereka dijadikan usikan dan gurauan sebagai bahan perbualan di antara kedua-dua mereka.

Kata Erra, dia tidak lihat perubahan yang dilakukan dari sudut jalan cerita dan dialog atas faktor ‘demand’ sebaliknya menganggap ia sebagai kemudahan bersama agar filem itu menjadi lebih menarik.

Sebagai contohnya, katanya, ketika beraksi dalam filem Sembilu, barisan pelakon diarah berdialog dalam nada serius tetapi dek peredaran zaman, perbualan seperti itu tidak lagi relevan.

“Tapi itu cara Yusof sebab dia pentingkan keindahan dalam berbahasa. Sama seperti kita menonton filem Hindustan yang sentiasa dipenuhi dengan dialog sastera nan indah.

“Disebabkan ketegasan Yusof juga filem terbitan Skop berjaya dan ada gaya tersendiri. Begitu juga filem ini, ada nilai tersendiri seiring dengan perkemba­ngan semasa,” kata Erra lagi.

Pun begitu, Erra tidak mahu peminat menyamakan filem ini dengan Sembilu. Apatah lagi pembabitan mereka berdua sekadar watak pembantu.

Pelakon yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 akui meletakkan harapan tinggi untuk filem ini yang turut dibintangi Erwin Dawson, Shikin Kamal, Azlee Khairi dan Nazeera Sardi.

Filem Warna Cinta Impian edaran Empire Film Solutions ini bakal menemui penonton pada 31 Mac ini di pawagam seluruh Malaysia.-harian metro

Ainan Tasneem Mohon Maaf Pertikaikan Kerja Kru Kabin

$
0
0
Ainan Tasneem

PETALING JAYA: Penyanyi Ainan Tasneem mengakui kesilapannya apabila mempertikaikan skop pekerjaan kru penerbangan selepas tidak berpuas hati dengan sikap salah seorang pramugara sebuah syarikat penerbangan baru-baru ini.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 24, menerusi kenyataan di Facebook miliknya pada Ahad berkata, dia meminta maaf atas kesilapannya itu kerana tidak pernah terdedah dengan skop pekerjaan seorang kru penerbangan sebelum ini.

“Memang silap saya pertikaikan skop pekerjaan kru penerbangan dan saya hanyalah manusia biasa. Saya minta maaf kerana tidak terdedah dengan bidang tugas mereka.

“Saya faham ramai kre penerbangan tidak berpuas hati terhadap saya, saya minta maaf tetapi percayalah saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pramugari atau pramugara sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Ainan bertindak menyelar seorang pramugara didakwa bersikap kasar apabila sepupunya meminta tolong untuk memasukkan beg ke tempat penyimpanan barang kerana tidak dapat mencapai ruang itu ketika mereka menaiki pesawat dari Hatyai, Thailand ke Kuala Lumpur.

Penyanyi itu turut mempertikaikan tugas kru penerbangan tersebut sehingga menerima kritikan hebat daripada pengikut laman sosial.

Menjelaskan situasi sebenar, Ainan berkata, luahannya itu sebenarnya kerana terkilan dengan cara pramugara berkenaan memberi respons apabila sepupunya meminta pertolongan secara baik.

“Apa yang saya cuba ingin sampaikan adalah cara pramugara tersebut respons kepada pelanggan. Jika benar itu bukan tugasnya kenapa tidak boleh bercakap baik-baik dan berikan senyuman, sejuk hati pelanggan dan kami boleh terima.

“Tetapi bila memberi respon sambil buat muka dan bercakap dengan kasar itu yang saya rasa tidak berapa bagus,” katanya.

Sementara itu, Ainan berkata, dia ketika itu tidak dapat membantu sepupunya itu kerana tempat duduk berlainan namun apabila melihat tindakan pramugara berkenaan dia cuba untuk menghulurkan bantuan.

“Kalau saya ada di situ memang saya sudah tolong masukkan beg dalam tempat simpanan dan tidak perlu meminta bantuan atau menyusahkan pramugara berkenaan.

“Kebetulan pramugara berkenaan berdekatan dengan sepupu saya dan meminta tolongnya. Apabila mendengar responsnya saya hendak bangun dan membantunya tetapi makcik saya bersuara terlebih dahulu dan baharulah pramugara berkenaan menolongnya,” jelas Ainan.

Dalam perkembangan sama, Ainan berkata, dia terpanggil untuk bersuara dan menjelaskan situasi sebenar kerana sering ditanya mengenai perkara berkenaan dan berharap penjelasannya itu dapat menjernihkan keadaan.-mstar

Dulu Rimas, Kini Rela Ditegur Papa – Chef Riz #APO2016

$
0
0
chefriz

PETALING JAYA: Statusnya sebagai anak kepada Datuk Redzuawan Ismail bukan jalan mudah untuk menceburi kerjaya dalam bidang kulinari kerana realitinya Chef Riz tidak pernah terlepas daripada dikritik personaliti yang lebih dikenali ramai dengan nama Chef Wan itu.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 33, berkata bapanya begitu mementingkan kesempurnaan, justeru sedikit kesilapan yang dilakukannya di dapur akan mengundang teguran dan kritikan.

“Papa seorang yang perfectionist dan cerewet. Kalau di dapur, sekali pandang saja dia dah tahu salah saya. Memang susah nak bagi papa puas hati.

“Merajuk, terasa hati dengan tegurannya itu dah jadi perkara biasa bagi saya,” katanya kepada mStar Online.

Selepas meneruskan cita-cita untuk bergelar Chef, kini beliau masih berkecimpung dalam bidang itu dengan mengusahakan restoran.

Nyata usahanya berbaloi apabila Chef Riz tersenarai dalam pencalonan awal kategori Chef Selebriti Pilihan Online menerusi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016). Tambah menarik lagi apabila Chef Wan turut dicalonkan bersama barisan chef selebriti tanahair yang lain.

Bagaimanapun, kata Chef Riz, situasi yang dilaluinya sekarang berbeza di mana beliau sememangnya memerlukan komen dan teguran daripada bapanya.

Malah, jika ada masalah atau perkara penting, Chef Wan adalah orang pertama yang akan dirujuk.

“Kalau dulu masa muda-muda memang saya rimas bila ditegur, tapi sekarang sebaliknya.

“Sekarang saya lagi suka kalau papa bagi teguran, beliau jadi mentor saya. Saya masih muda dan perlukan nasihat daripada orang berpengalaman sepertinya,” katanya.

Mengenai bapa sendiri yang menjadi pesaingnya dalam APO 2016, bapa kepada Putri Arianna Natasya yang berusia 10 bulan ini berkata, beliau menganggap Chef Wan sebagai ‘chef legenda’ dan sukar ditandingi.

Bagaimanapun, Chef Riz sedar bahawa keputusan dan penentuan mengenai senarai calon terletak di tangan pengundi.

“Saya cakap macam ini bukan kerana beliau bapa saya. Kalau Chef Wan bukan bapa saya pun saya tetap menghormatinya dan anggap beliau sebagai ikon chef dengan ilmu dan pengalamannya.

“Kalau nak dibandingkan dengannya, memang saya dan chef-chef lain masih jauh di belakangnya. Apa-apa pun saya serahkan kepada pengundi,” katanya.

Mengenai perkembangan tentang dirinya, Chef Riz berkata, beliau kini lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarganya selain menguruskan perniagaan jualan langsung (MLM) dan restorannya, Flavours Kitchen di Dataran Jelatik Setiawangsa.

Katanya, beliau juga menjadi mentor untuk program yang membantu golongan muda yang berminat menceburi bidang perniagaan.

APO2016 ketika ini melalui peringkat pencalonan awal. Orang ramai boleh membuat pencalonan menerusi laman web http://apo.mstar.com.my

Acara ini dijayakan dengan kerjasama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April depan.-mstar

Viewing all 5557 articles
Browse latest View live