Quantcast
Channel: OMG! – Perak Today
Viewing all 5557 articles
Browse latest View live

Aizdean harum di Jepun

$
0
0
jepun01.transformed_6

Pada 2002, anak muda dari Selangor ini melanjutkan pengajian ijazah sarjana dalam kejuruteraan elektronik di sebuah universiti di Tokyo, Jepun.

Aktif menyertai nasyid di sekolah, Aizdean atau nama sebenarnya Muhammad Aizuddin Anwar, 33, mencuba nasib sebagai penyanyi di Jepun.

Ternyata usahanya membuahkan hasil apabila menjadi rakyat Malaysia pertama mencipta nama dalam industri J-Pop di negara matahari terbit itu pada 2009.

Pernah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik Nippon Broadcasting System enam tahun lalu, penyanyi fasih berbahasa Jepun ini berkata kembara seninya bermula ketika menuntut di universiti.

“Sewaktu di sekolah, saya aktif dengan nasyid tetapi aktiviti sedemikian tiada di Jepun, Jadi saya memilih untuk terbabit dalam aktiviti nyanyian di universiti.

“Tidak lama kemudian saya diperkenalkan kepada seorang produser dan bermulalah karier nyanyian saya secara serius,” katanya ketika ditemui di sidang media program Muzik Hati Jepun baru-baru ini.

Dalam program lapan episod itu, Aizdean menggalas tugas sebagai pengacara dan memperkenalkan muzik popular di Jepun kepada penonton sambil memaparkan keindahan panorama serta budaya hidup penduduk negara berkenaan.

Turut hadir pada sidang media itu, penyanyi soprano Tomotaka Okamoto dan penyanyi klasik pop Daisuke Kawakami.

Bercerita lanjut mengenai perjalan karier seninya, Aizdean bersyukur kehadirannya dalam industri muzik Jepun disambut baik rakyat negara itu.

“Memang ada segelintir berasa pelik melihat saya. Namun ramai mengalu-alukan kehadiran saya kerana kagum dengan semangat orang luar yang sanggup yang sanggup belajar bahasa dan budaya mereka,” katanya.

Bekerja sebagai jurutera instrumentasi di sebuah syarikat di Tokyo, Aizdean mendedahkan mengambil masa selama tiga tahun untuk menguasai bahasa dan menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Jepun.

“Tiga bulan pertama di negara itu memang sukar kerana tidak memahami bahasa tempatan. Mujur ada keluarga angkat di sana banyak membantu saya,” katanya.

Mengenai perkembangan karier seninya, penyanyi yang popular menerusi single I Need You Baby itu belum merancang mengeluarkan album kedua.

“Album pertama berjudul Hadiah diterbitkan pada 2011 dan mempunyai beberapa single. Kalau ada rezeki, saya akan tampil dengan album kedua tetapi bukan dalam masa terdekat,” katanya.

Ujar Aizdean, istimewanya single Khayalan yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu terpilih menjadi lagu tema drama Sarutobi Sansei.

“Saya dimaklumkan produksi mahu menggunakan lagu bahasa asing yang tidak dikenali rakyat Jepun untuk drama itu,” katanya.

Perkenal lagu Jepun

Berkongsi pengalaman mengendalikan program Muzik Hati Jepun, Aizdean berkata peluang itu membolehkannya memperkenalkan kepada penonton Malaysia lagu popular masyarakat setiap daerah di Jepun.

“Program ini turut memaparkan keindahan persekitaran, budaya dan kehidupan masyarakat di daerah yang jarang dipaparkan di televisyen,” katanya.

Lebih istimewa, Aizdean berpeluang bertemu dengan penyanyi idolanya, kumpulan Kiroro yang muncul dalam episod pertama program itu.

“Sewaktu di universiti, lagu Jepun pertama yang diperkenalkan kepada saya adalah nyanyian kumpulan duo Kiroro. Sejak itu, saya teringin bertemu mereka dan dapat direalisasikan menerusi program ini,” katanya.

Sementara itu, Daisuke Kawakami dan Tomotaka Okamoto yang muncul dalam episod kedua membawa penonton meneroka daerah Nagano.

Dalam episod itu juga, kedua-dua penyanyi itu turut memperkenalkan lagu Chikumagawa kepada penonton.

Daisuke berkata, komuniti di Nagano masih menitikberatkan semangat kejiranan, berbeza dengan penduduk di bandar raya besar.

“Di bandar, penduduk tidak berkumpul melakukan gotong-royong dan jarang berkomuniksi dengan jiran. Suasana di Nagano sangat tenang dan penduduknya sangat peramah,” katanya.

Tomotaka yang berasal dari Shikoku, Osaka berkata lagu Chikumagawa membuatkan dia mengimbau kembali zaman kanak-kanak.

“Saya berharap penonton dapat menghayati lagu ini dan pada masa sama mempelajari budaya kehidupan masyarakat Jepun,” katanya.

Selebriti lain yang turut tampil dalam Muzik Hati Jepun adalah Kaori Mizumori, Yukino Kamaki dan Diamond Yukai.

Setiap episod turut membawa penonton ke lokasi berlainan iaitu Okinawa, Nagano, Kanazawa, Tottori, Yokosuka, Yokohama, Aomori dan Kobe.

Episod ketujuh Muzik Hati Jepun di saluran TV3, jam 6 petang Sabtu ini akan memfokuskan daerah Yokohama bersama artis Jero.-harian metro


Tampil single pertama

$
0
0
album01.transformed_3

Siapa sangka, bermula sebagai penyanyi latar lagu penyanyi popular, Tengku Suhaila berpeluang merealisasikan impiannya bergelar penyanyi.

Bernaung di bawah label Hikayat Records, Tengku Suhaila berkata bakatnya mula dikesan pengarah muzik, Rudi Muhammad dan menawarkannya peluang keemasan itu.

“Saya pernah menjadi penyanyi latar lagu Mesti Ada Cinta nyanyian Fiq dan Akim. Banyak juga pengalaman saya timba sepanjang bergelar penyanyi latar separuh masa.

“Sebenarnya sudah lama saya ditawarkan menjadi artis rakaman Hikayat Records, tetapi ketika itu saya masih belajar dan muzik hanyalah kerja sampingan,” katanya.

“Apabila lagi ditawarkan sekali lagi, sayang pula untuk lepaskan. Lagipun menyanyi memang minat saya sejak kecil, tak salah jika jadikannya kerjaya serius,” katanya.

Sambung penyanyi berusia 24 tahun ini, syarikat rakaman sedang merangka menghasilkan produk sulungnya.

“Insya-Allah, mereka ada perancangan untuk kembangkan karier saya. Jika tiada aral melintang, mungkin hujung tahun ini saya tampil dengan single pertama.

“Kalau boleh saya mahu bawa pelbagai genre. Sebagai artis baru saya masih mencari muzik sesuai dan jika sudah bertemu yang secocok dengan jiwa, mungkin saya kekal dengan genre itu,” katanya lagi.

Menurut anak kedua daripada lapan beradik ini, dia ingin mengekspresikan jiwa dan minatnya menerusi karya yang diketengahkan.

“Muzik jadi medium saya mengekspresikan diri. Diharap kehadiran saya dapat di terima semua lapisan masyarakat,” kata bakal graduan Ijazah Pengajian Bahasa Inggeris Profesional ini.-harian metro

Mizz Nina Dapat Tip Ras Adiba Kendalikan Rancangan Islamik

$
0
0
Nina

PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina mendapatkan tip dan tunjuk ajar daripada bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi sebagai langkah persediaan mengacarakan program terbitan TV Al-Hijrah iaitu Into Taqwa With Mizz Nina.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 36, berkata, dia berbesar hati berpeluang menimba ilmu dengan pengacara berpengalaman itu dan menyifatkan Ras Adiba sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu selain banyak memberi nasihat berguna kepadanya.

“Saya amat mengagumi kredibiliti Ras Adiba dalam dunia pengacaraan dan sebab itu saya memilihnya untuk membantu saya bersedia mengacarakan program berkenaan.

“Sebagai seorang yang pernah meminatinya saya amat berbesar hati dapat menimba pelbagai ilmu dalam bidang pengacaraan dengannya dan beliau tidak lokek ilmu.

“Alhamdulillah, tip dan tunjuk ajar diberikan banyak membantu untuk saya lebih santai dan rileks apabila berada dihadapan lensa kamera,” katanya kepada mStar Online.

Mizz Nina ditemui pada majlis memperkenalkan program Into Taqwa With Mizz Nina di sini, Rabu.

Ia merupakan sebuah program bual bicara berbahasa Inggeris yang membincangkan isu-isu berhubung kekeluargaan, wanita, perkahwinan dan hubungan dengan Allah.

Program 13 episod itu bakal bersiaran pada 20 Mac ini, setiap Ahad pada pukul 2 petang.

Dalam pada itu, Mizz Nina berkata, dia pada awalnya berasa ragu-ragu untuk menerima tawaran sebagai hos program berkenaan kerana bimbang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Bagaimanapun katanya, dia teruja untuk menyahut cabaran tersebut memandangkan program berkenaan menampilkan konsep dan pendekatan berbeza.

“Saya ada sedikit pengalaman dalam bidang pengacaraan tetapi apabila ditawarkan sebagai hos program ini saya terfikir sama ada mampu untuk melaksanakannya.

“Bukan apa sebelum ini saya yang ditemubual wartawan tetapi menerusi Into Taqwa With Mizz Nina sebaliknya di mana saya akan menemubual ramai tokoh-tokoh Islam dan mendekati mereka secara lebih dekat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mizz Nina berkata, seperti mana kenyataannya sebelum ini dia tidal berhasrat untuk kembali sebagai penyanyi.

Sebaliknya kata Mizz Nina, dia memberi ruang kepada suaminya, Noh Salleh untuk terus berkarya sebagai komposer dan penyanyi.

Selain melibatkan diri dalam kerja amal saya juga aktif melakukan senaman yoga di rumah selain meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga,” ujarnya.

-mstar

Calon APO2016: ‘Growing Up Sucks’ Nyanyian SonaOne Juarai Carta iTunes

$
0
0
Sona

PETALING JAYA: Penyanyi rap SonaOne tidak menyangka album sulungnya berjudul Growing Up Sucks berjaya menduduki tangga pertama carta iTunes Malaysia hanya selepas beberapa hari ia dilancarkan pada 20 Februari lalu.

SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae Michel Lozach, 28, berkata, strategi hanya melancarkan album berkenaan menerusi platform digital ternyata tepat memandangkan penjualan secara fizikal semakin perlahan.

“Mendapat kedudukan tempat pertama adalah sesuatu yang luar biasa buat saya dan ia tidak dapat dilakukan tanpa sokongan peminat.

“Ia juga menunjukkan pembeli pada hari ini sudah bersedia beralih kepada digital kerana ia lebih mudah dan cepat,” katanya kepada mStar Online.

Tiga single daripada album tersebut iaitu No More, Hakeleh dan Firefly turut berjaya menduduki tempat pertama menerusi carta single iTunes sebelum ini.

Dalam pada itu, SonaOne berkata, peralihan dunia muzik dari album fizikal kepada digital bukan sesuatu yang negatif sebaliknya ia menunjukkan perkembangan industri muzik itu secara keseluruhannya.

Katanya lagi, pada zaman teknologi pada hari ini artis sepertinya perlu mengikut peredaran zaman agar dapat terus kekal relevan.

“Saya sendiri bukan datang dari zaman digital tetapi jika tidak ikut dengan trend terkini kemungkinan saya akan tertinggal di belakang.

“Apa paling penting sebagai artis saya mesti menghasilkan karya berkualiti dan dengan kegilaan media sosial pada hari ini ia lebih banyak membantu saya mempromosikan kerja dan lagu-lagu saya kepada peminat,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pencalonannya menerusi Anugerah Pilihan Online (APO2016), SonaOne berkata, dua pencalonan awal yang diterimanya adalah hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong kariernya sebelum ini.

Dia dipilih dalam kategori Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online dan Lelaki Tampan Pilihan Dnars.

Kata SonaOne lagi, kaedah pengundian APO2016 menerusi platform digital dilihat bertepatan dengan keadaan memandangkan peminat kini lebih banyak tertumpu di media sosial.

“Seperti saya sendiri memang aktif menggunakan media sosial dan saya mempunyai peminat yang terbaik dan mereka sering memberi reaksi, pendapat dan sokongan menerusi status atau gambar yang dimuatnaik.

“Dengan teknik pengundian secara online dan media sosial ia banyak kelebihan dan memudahkan kami sebagai artis untuk membuat promosi terus kepada peminat,” ujarnya.

Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my

Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline

Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.

-mstar

“Segelintir Artis Tempatan Lemah Berkomunikasi”– Sharifah Shawati

$
0
0
Sharifah Shawati

PETALING JAYA: Bekas personaliti TV3, Datin Sharifah Shawati berpendapat segelintir artis tempatan kurang memberi perhatian kepada kaedah komunikasi berkesan terutamanya ketika membuat kemunculan awam dan menjawab soalan daripada pihak media.

Shawati yang juga perunding imej berkata, mereka hanya bersandarkan kepada populariti dan memandang ringan terhadap perkara itu yang pada akhirnya tidak membawa karier mereka ke tahap lebih tinggi.

“Kebanyakan artis tempatan mempunyai potensi besar dalam bidang masing-masing akan tetapi kurang dari segi kemahiran berkomunikasi terutamanya berhadapan dengan media dan peminat.

“Kadang-kala jawapan diberikan kepada soalan media tidak matang selain beremosi sehingga memperlihatkan mereka seolah-olah tidak berhemah dalam memberikan respons.

“Sedih untuk dinyatakan tetapi realitinya ramai yang tidak menganggap ia sebagai perkara penting kerana hanya bergantung harap kepada populariti semata-mata,” katanya kepada mStar Online.

Shawati berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Sri Pentas di sini baru-baru ini.

Bekas pembaca berita Buletin Utama itu bakal muncul dalam bengkel DFKL yang memfokuskan kepada topik Etika Komunikasi pada 17 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Bengkel berkenaan bakal bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu, Shawati berkata, kelebihan teknologi dan kuasa media sosial juga sering kali disalahgunakan yang pada akhirnya menjadi medan perdebatan peminat.

Katanya lagi, artis seharusnya perlu lebih bijak dan peka terhadap setiap status atau gambar yang dimuatnaik agar tidak menjejaskan personaliti mereka.

“Komunikasi bukan sahaja lisan atau bahasa badan tetapi dengan peredaran zaman laman sosial adalah medan terbuka tanpa batasan untuk sesiapa sahaja menulis atau meluahkan apa sahaja termasuk artis.

“Tetapi mereka perlu sedar setiap status dan foto yang dimuatnaik ada kesannya dan jika tersalah langkah ia akan memberi padah.

“Banyak contoh yang pernah berlaku sebelum ini dan sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan laman sosial,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai bengkel Etika Komunikasi DFKL, Shawati berkata, ia terbuka untuk orang ramai termasuk artis yang ingin mendapat input berhubung topik berkenaan.

Menerusi bengkel itu juga kata Shawati, dia akan menumpukan kepada cara komunikasi yang betul dan suntikan motivasi kepada para peserta.

“Dalam bengkel itu nanti saya akan menekankan aspek komunikasi dari segi pemilihan ayat, bahasa tubuh dan membina keyakinan diri.

“Ia terbuka kepada orang ramai tetapi digalakkan juga golongan selebriti menyertainya memandangkan ia diadakan bersempena DFKL,” katanya.

-mstar

Zila selesa jadi diri sendiri

$
0
0
zila01.transformed

Katalah apa saja mengenai imej dan penampilan seksinya yang sering mengundang perhatian ramai, ia tidak sedikit pun menjadi kudis di hati.

Bagi pelakon Zila Bakarin, 41, sepanjang dua dekad berkecimpung dalam bidang lakonan dia selesa menjadi diri sendiri.

“Saya berlakon kerana minat dan ingin membantu meringankan beban suami menyara keluarga.

“Maklumlah, kami ada anak yang sedang membesar dan suami bukan lahir dalam keluarga berada. Dia bekerja sebagai jurukamera.

“Namun, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan menyokong kerjaya seni saya.

“Walaupun hidup sederhana, rumah tangga kami tetap bahagia bersama anak,” katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Azri Izhar, 42, Zila dikurniakan dua zuriat, Kaseh, 7 dan Chinta, 4.

Bagaimanapun, Zila tidak menafikan ada segelintir pihak menganggap dia hidup mewah kerana penampilannya.

“Lebih teruk lagi, ada yang ingat saya janda dan isteri kedua golongan kenamaan.

“Sebenarnya, saya suka bersederhana dan tidak mengejar barangan berjenama.

“Malah, saya tidak kisah memakai baju yang tiada jenama asalkan ia cantik digayakan,” katanya.

Sinonim dengan watak jahat

Bukan saja imej seksi, Zila juga sering melakonkan watak antagonis.

“Saya percaya bukan semua pelakon boleh melakonkan karakter jahat dengan berkesan.

“Jumlah pelakon seangkatan saya yang boleh menjiwai watak sebegini boleh dikira dengan jari.

“Sebab itu, saya tidak kisah apabila penerbit dan pengarah asyik tawarkan watak jahat. Mereka percaya dengan kebolehan saya sebagai pelakon senior,” katanya.

Mengulas pembabitannya dalam drama bersiri Memori Cinta Suraya (MCS), Zila berkata dia menimba pengalaman berharga sepanjang penggambaran.

“Gara-gara karakter dalam drama ini, ramai peminat panggil saya ‘mummy jahat’.

“Sebagai pelakon, saya bangga kerana MCS bukan saja berjaya mencecah rating 2.2 juta, tetapi kini turut ditayangkan di Indonesia. .

“Walaupun drama ini sudah berakhir, hubungan pelakon dan kru rapat sampai sekarang,” katanya.

Selepas MCS, Zila terikat dengan penggambaran drama 13 episod, Jasmin untuk TV3 dan Aku Pilih Kamu.

Antara drama lakonannya sebelum ini ialah Permata, Romeo, Kurma Ajwa Untuk Najwa.

-Harian Metro

Hakim Zahar mahu belajar lebih banyak dalam lakonan

$
0
0
image

PENTAS Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2015 adalah platform yang membuka ruang buat Ahmad Nurulhakim Ahamad Zaharuddin, 25, atau Hakim Zahar mengejar impiannya bergelar pelakon.

Selain mendapatkan pengalaman daripada komen yang diberikan pihak juri berpengalaman, platform itu juga sekali gus telah mengembangkan bakatnya apabila dia dilamar Suhan Movies dalam menjayakan telefilem, Tetamu Ramadan yang dijangka menemui penonton Jun ini.

“Oktober tahun lalu saya memilih untuk hadir ke uji bakat DFKL yang mana ia juga dibuka untuk semua kakitangan Media Prima di mana saya bertugas.

“Memandangkan minat dalam lakonan telah tertanam sejak kecil, jadi saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

“Alhamdulillah, uji bakat ini berhasil apabila saya ditawarkan berlakon dalam telefilem terbitan Suhan Movies di samping pelakon lain seperti Aeril Zafril, Wawa Zainal dan Namron.

“Lebih buat saya gembira apabila tawaran yang datang adalah sesuatu yang besar apabila saya diberi kepercayaan membawa watak sampingan utama walaupun ini kali pertama saya berlakon,” katanya.

Menyedari masih mentah dalam lakonan, Hakim enggan mementingkan dirinya sendiri dan terpaksa melepaskan watak tersebut kepada pelakon yang lebih berpengalaman.

“Malik adalah teman baik kepada watak utama yang dimainkan oleh Aeril. Watak ini sangat berat kerana Malik berperwatakan seorang yang alim dan dia selalu mengingatkan teman baiknya untuk melakukan kebaikan.

“Untuk menjayakan watak ini saya perlu memberikan penghayatan dan mainan emosi yang kuat sehinggakan saya akui tidak mampu lakukannya.

“Alhamdulillah, mereka memahami situasi saya dan menggantikan watak Malik kepada seorang doktor untuk saya.

“Walaupun lebih ringan, watak doktor itu masih memiliki cabarannya yang tersendiri,” katanya.

Positif dengan situasi itu, Hakim akui masih banyak perkara perlu diperbaiki dalam bakat lakonannya.

“Kalau diikutkan, pada awalnya saya agak keberatan untuk melepaskan watak Malik, tapi saya tidak mahu mementingkan diri sendiri. Lagi pun saya takut prestasi saya hanya mencacatkan telefilem tersebut.

“Memang sebagai pendatang baharu, saya memerlukan pendedahan yang lebih tapi saya sedar tahap saya masih baru dan tidak mahu memperjudikan nama produksi,” katanya.

Belum puas

Enggan berpuas hati dengan pencapaian pertamanya, Hakim sekali lagi mencari pengalaman berharga dengan menyertai uji bakat DFKL 2016 yang diadakan baru-baru ini semata-mata untuk mendapatkan komen daripada juri yang terlibat iaitu pelakon dan penerbit, Sheila Rusly.

“Pemenang untuk bakat baharu DFKL 2016 akan berpeluang memegang watak utama dalam slot Akasia.

“Selain tujuan itu, saya cuba hadirkan diri dalam sesi uji bakat ini untuk mendapatkan komen daripada juri yang saya sangat kagumi.

“Sebagai seorang yang hebat dalam industri ini, saya mahu mendengar apa pendapatnya mengenai lakonan saya,” katanya.

Biarpun gementar di depan juri, Hakim akui itu bukan halangan buat dirinya untuk berikan persembahan yang baik.

“Terus terang ketika itu saya agak gugup apabila juri meminta saya digandingkan bersama pelakon Mira Filzah untuk menghidupkan situasi lakonan ketika uji bakat itu.

“Peluang tidak selalu datang, jadi saya cuba buat yang terbaik. Saya gembira apabila juri memberikan komen yang memberangsangkan walaupun terdapat beberapa kekurangan yang ditegur ketika itu.

“Sekurang-kurangnya, bakat saya telah dilihat dan saya juga tidak mahu berhenti untuk mencuba dan memperbaiki kelemahan yang ada terutamanya dari segi teknik lakonan,” katanya penuh bersemangat.

-Sinar Harian

Belajar masak juadah Melayu

$
0
0
masak01.transformed_3

Tanggal 5 Mac lalu genap sebulan usia perkahwinan pasangan penyanyi, Ummu Syaikhah Stacy Anam atau Stacy, 26, dan Akim Ahmad, 25.

Menurut Stacy, tanggungjawab sebagai isteri memberi satu lagi cabaran baru untuknya dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

“Memandangkan saya baru berkahwin, banyak perkara perlu dipelajari. Hidup berumah tangga memang seronok.

“Tentu saja tanggungjawab sebagai isteri sangat besar. Saya tidak boleh lagi bersikap seperti dulu malah suami menjadi keutamaan saya,” katanya.

Sambung Stacy, sejak berkahwin dengan vokalis Kumpulan Akim & Majistret itu, dia mula belajar memasak juadah Melayu.

Malah, Stacy tidak malu mendapatkan resipi daripada ibu mentuanya.

“Walaupun sudah lama menetap di Kuala Lumpur, saya belum mahir masak masakan Melayu. Sebelum ini saya lebih gemar memasak juadah yang ringkas.

“Kini saya tidak boleh ikut selera sendiri. Saya berusaha belajar masakan Melayu seperti asam pedas, masak lemak dan banyak lagi.

“Kebetulan juadah itu kegemaran Akim. Jika dia ada permintaan lain, saya akan minta resipi daripada ibu mentua,” katanya.

Sementara itu, Akim memuji kesungguhan dan keikhlasan Stacy menyediakan juadah untuknya.

Walaupun belum mahir sepenuhnya, sikap yang ditunjukkan Stacy membuatkan dia semakin sayang isterinya itu.

“Sejak berkahwin saya sudah rasa air tangannya. Saya bangga melihat kesungguhan dan keikhlasannya belajar memasak.

“Apa saya boleh katakan, percubaan Stacy sentiasa menjadi. Sehinggakan setiap kali habis kerja saya pasti bergegas pulang ke rumah untuk makan masakannya,” kata Akim yang mahu Stacy belajar cara menyediakan kuih tradisional selepas ini.

Mahu segera timang cahaya mata

Apabila mendirikan rumah tangga, pasti tidak dapat lari daripada pertanyaan mengenai zuriat. Dalam soal ini, Akim berkata dia tidak mahu tergesa-gesa dan berserah kepada rezeki.

“Buat masa ini kami masih berusaha dan berdoa. Ikutkan saya dan Stacy mahu segera dapat cahaya mata tetapi kena berpegang juga pada ketentuan Ilahi.

“Lambat atau cepat, itu semua rezeki. Siapa yang tak mahu anak cepat tetapi kami tak mahu terlalu memikirkan perkara itu.
“Insya-Allah ada rezeki, adalah,” katanya.

Ketika ini Akim dan Stacy sedang berbulan madu di Pulau Pinang sejak Isnin lalu.

Selepas itu, mereka akan ke Bali esok diikuti beberapa destinasi percutian terkenal dalam negara.

“Selepas berkahwin, saya masih sibuk dengan program Mentor Milenia. Jadi belum sempat bawa isteri bercuti.

“Apabila semuanya sudah selesai, kami dapat merancang percutian dengan tenang. Seronok dapat meluangkan masa bersama isteri tersayang,” katanya yang turut membawa Bella.

Menurut Akim, hasrat bercuti ke Eropah belum dapat diputuskan kerana dia dan Stacy terikat dengan beberapa persembahan besar.
Berkenaan kerjaya seni, Akim menjelaskan dia dan Stacy sudah ada komitmen.

“Buat masa ini belum ada perancangan bergabung. Saya akan tetap bersama band, begitu juga dengannya.

“Bagaimanapun, kami tidak menolak sekiranya ada permintaan kami berduet,” katanya.

Akim & The Majistret giat mempromosikan single Obses manakala Stacy tampil dengan lagu baru ciptaan suaminya berjudul Romeo.

-Harian Metro


Siti Nurhaliza Tidak Bimbang Produk Tiruan Guna Jenamanya

$
0
0
Siti Nurhaliza Ariani

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza menaruh keyakinan beliau tidak akan berhadapan masalah serius terhadap barangan tiruan kepada produk tudung dan pakaian terbaharu Ariani X Creation By Siti Nurhaliza.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 37, berkata, fabrik berkualiti yang digunakan untuk menghasilkan produk berkenaan akan membuatkan pelanggan bijak untuk membuat pilihan.

“Saya percaya peminat saya tidak akan beli barangan tiruan dan mereka juga tidak mahu beli barangan yang tidak asli dan rendah kualiti.

“Saya ada berbincang dengan pihak Ariani tentang masalah barangan tiruan dan mereka yakin tidak akan berhadapan dengan masalah serius. Jika sedikit tidak mengapa kerana mereka faham ada peniaga yang mahu mencari rezeki juga,” ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza (tengah) memakai jubah dan tudung koleksi terbaharu Ariani X Creation By Siti Nurhaliza. FOTO: Azman Ghani.

Siti ditemui pada sidang media pelancaran koleksi Ariani X Creation By Siti Nurhaliza yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini, Khamis.

Enam koleksi tudung dan pakaian eksklusif bawah label Ariani X Creation By Siti Nurhaliza turut diperkenalkan.

Produk itu dikeluarkan hasil kolaborasi perniagaan Siti dengan pengeluar produk berkenaan iaitu Ariani selain dengan kerjasama Jakel.

Siti berkata, koleksi tersebut dihasilkan dengan sentuhan tiga elemen utama yang merangkumi exclusivity, modesty dan contemporary.

Dia juga memilih rekaan yang tidak terlalu sarat dan kasual yang mana sesuai digunakan untuk aktiviti seharian.

Tambah Siti, kesemua koleksi tersebut dijual dengan harga mampu milik untuk semua golongan masyarakat dengan kualiti yang tinggi.

“Harga tidak mahal serendah RM80 dan tidak kurang daripada RM400 bagi jubah. Kualiti produk keluaran kami sudah tentu lebih berpatutan dengan harga yang ditawarkan itu.

“Daripada segi corak fabrik adalah eksklusif pilihan saya sendiri dan hanya dijual pada koleksi Ariani X Creation by Siti Nurhaliza sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kolaborasi dengan Ariani, Siti berkata, dia mahu sebuah syarikat yang pakar tentang selok belok perniagaan tersebut.

Katanya, kolaberasi itu membuatkan perjalanan urusan produksi berjalan lancar berbanding melakukannya sendiri.

“Saya tidak tahu tentang jenis-jenis fabrik dan bagaimana perjalanan tentang bisnes pakaian ini, jadi saya memerlukan mereka yang pakar dan memudahkan kerja saya.

“Saya cuma cakap sahaja mahu jenis kain yang bagaimana dan dia orang akan cari yang terbaik untuk rekaan yang saya mahu. Bukan saya tidak mahu bergerak sendiri, cuma ia mengambil masa lama untuk belajar,” ujarnya.

Siti berkata, enam koleksi tudung dan selendang serta beberapa koleksi pakaian siap pakai boleh didapati di Jakel Mall, di sini mulai Jumaat.-mstar

“Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?”– Awie Komen Rozana

$
0
0
Awie MP

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Awie meminta bekas isterinya, Rozana Misbun agar tidak terus berbohong apabila bertindak mahu menuntut ganti rugi ‘patah hidung’ selain mengemukakan saman malu diaibkan terhadapnya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, tindakan terbaharu Rozana itu disebabkan perasaan tidak puas hati terhadapnya namun dia tidak terkesan dengan perkara itu.

“Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba anda sendiri buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus.

“Jangan terus berbohong hanya kerana masih tidak berpuas hati tetapi tidak mengapa teruskan kerana saya tidak terkesan pun dengan apa juga tindakannya,” katanya kepada mStar Online.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ceria Popstar 2016 di sini, Khamis.

SILA KLIK: Rozana Bakal Tuntut Ganti Rugi ‘Patah Hidung’, Saman Malu Awie

Vokalis kumpulan Wings itu bakal bertindak sebagai juri tetap di samping penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam program itu.

Terdahulu, Awie bebas tuduhan memukul Rozana mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas dia bersetuju memohon maaf selain membayar kompaun sebanyak RM10,000 terhadap bekas isterinya itu.

Permohonan maaf dilakukan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin lalu.

Bagaimanapun Rozana berhasrat mengemukakan saman malu terhadap Awie kerana mengaibkannya dengan pelbagai fitnah melalui pihak media.

Dalam pada itu, Awie berkata, Rozana yang memulakan ‘peperangan’ di antara mereka sehingga ada pihak turut terlibat membantu dalam usaha memusnahkan karier seninya itu.

“Awal-awal dahulu saya memang tidak pernah cakap apa-apa sama ada di media atau laman sosial tetapi dia yang memulakan untuk memalukan saya malah ada membantunya dan tahniah kerana berjaya musnahkan hidup saya.

“Apabila ada wartawan tanya baru saya jawab itu pun saya minta komen saya ditapis sebelum ditulis,” jelasnya.

Sementara itu, Awie berkata, dia menerima pelawaan Astro sebagai juri tetap Ceria Popstar kerana tahu dua anaknya yang berada bawah jagaan Rozana iaitu Putra Ahmad Rezzki (8 tahun) dan Puteri Qasseh Antasha (6 tahun) akan menonton program berkenaan.

“Sudah lama saya tidak bertemu dengan mereka dan berharap kemunculan saya dalam program ini akan ditonton oleh anak-anak agar mereka dapat melepaskan rindu terhadap saya.

“Itu salah satu sebab saya terima selain ingin memberi pengalaman selama 30 tahun dalam bidang muzik kepada para peserta meskipun mereka masih kanak-kanak selain saya anggap mereka seperti anak-anak saya sendiri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Awie berkata, selain sibuk dengan undangan nyanyian dia bakal menerbitkan sebuah filem aksi dan berharap ia dapat menjalani penggambaran pada tahun ini juga.

Kata Awie, idea untuk menghasilkan filem berkenaan sudah dirancang sejak beberapa tahun lalu namun ia tidak dibuat tergesa-gesa kerana ingin memastikan ia dihasilkan dengan baik.

“Idea asal dan sinopsis saya tulis sendiri dan Insya-Allah jika tiada sebarang halangan saya harap penggambaran dapat dilakukan pada tahun ini,” katanya yang bakal muncul dengan filem Warna Cinta gandingan bersama Erra Fazira pada 31 Mac ini.-mstar

“Segelintir Artis Tempatan Lemah Berkomunikasi”– Sharifah Shawati

$
0
0
Sharifah Shawati

PETALING JAYA: Bekas personaliti TV3, Datin Sharifah Shawati berpendapat segelintir artis tempatan kurang memberi perhatian kepada kaedah komunikasi berkesan terutamanya ketika membuat kemunculan awam dan menjawab soalan daripada pihak media.

Shawati yang juga perunding imej berkata, mereka hanya bersandarkan kepada populariti dan memandang ringan terhadap perkara itu yang pada akhirnya tidak membawa karier mereka ke tahap lebih tinggi.

“Kebanyakan artis tempatan mempunyai potensi besar dalam bidang masing-masing akan tetapi kurang dari segi kemahiran berkomunikasi terutamanya berhadapan dengan media dan peminat.

“Kadang-kala jawapan diberikan kepada soalan media tidak matang selain beremosi sehingga memperlihatkan mereka seolah-olah tidak berhemah dalam memberikan respons.

“Sedih untuk dinyatakan tetapi realitinya ramai yang tidak menganggap ia sebagai perkara penting kerana hanya bergantung harap kepada populariti semata-mata,” katanya kepada mStar Online.

Shawati berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Sri Pentas di sini baru-baru ini.

Bekas pembaca berita Buletin Utama itu bakal muncul dalam bengkel DFKL yang memfokuskan kepada topik Etika Komunikasi pada 17 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Bengkel berkenaan bakal bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu, Shawati berkata, kelebihan teknologi dan kuasa media sosial juga sering kali disalahgunakan yang pada akhirnya menjadi medan perdebatan peminat.

Katanya lagi, artis seharusnya perlu lebih bijak dan peka terhadap setiap status atau gambar yang dimuatnaik agar tidak menjejaskan personaliti mereka.

“Komunikasi bukan sahaja lisan atau bahasa badan tetapi dengan peredaran zaman laman sosial adalah medan terbuka tanpa batasan untuk sesiapa sahaja menulis atau meluahkan apa sahaja termasuk artis.

“Tetapi mereka perlu sedar setiap status dan foto yang dimuatnaik ada kesannya dan jika tersalah langkah ia akan memberi padah.

“Banyak contoh yang pernah berlaku sebelum ini dan sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan laman sosial,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai bengkel Etika Komunikasi DFKL, Shawati berkata, ia terbuka untuk orang ramai termasuk artis yang ingin mendapat input berhubung topik berkenaan.

Menerusi bengkel itu juga kata Shawati, dia akan menumpukan kepada cara komunikasi yang betul dan suntikan motivasi kepada para peserta.

“Dalam bengkel itu nanti saya akan menekankan aspek komunikasi dari segi pemilihan ayat, bahasa tubuh dan membina keyakinan diri.

“Ia terbuka kepada orang ramai tetapi digalakkan juga golongan selebriti menyertainya memandangkan ia diadakan bersempena DFKL,” katanya.-mstar

#APO2016: Chef Anis Akui Comot Ketika Masak Di Rumah

$
0
0
chefanisnabilah (1)

PETALING JAYA: Persepsi masyarakat bahawa ‘wanita cantik tak pandai memasak’ sudah lama berlalu, kata chef selebriti, Anis Nabilah Umaruddin.

Lebih senang disapa Anis, pemegang Diploma Professional Chef in Culinary Arts dari Food Institute of Malaysia itu berkata, masyarakat masa kini semakin sedar bahawa adalah tidak wajar untuk mengaitkan imej atau kecantikan seseorang wanita dengan kerja-kerja dapur.

“Sekarang ni lawa atau tak semua dah masuk dapur. Jadi persepsi itu sudah bertukar, terutama di kalangan wanita muda.

“Memasak sekarang sudah jadi satu gaya hidup dan hobi. Semua wanita begitu teruja untuk memasak, sama ada untuk diri sendiri, kawan-kawan atau untuk ahli keluarga,” katanya kepada mStar Online.

Anis, 30, adalah antara calon kategori Chef Selebriti Pilihan Online menerusi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016).

Mula popular menerusi rancangan realiti TV adik-beradik ‘The Dream Sisters’, Anis berkata apabila seseorang wanita itu masuk ke dapur, secara automatik mereka akan memberi tumpuan penuh terhadap kerja-kerja dapur dan hasil masakan akan menjadi keutamaan.

Justeru katanya, sejauh mana pun seseorang wanita itu mementingkan kecantikan, apabila menjejakkan kaki ke dapur elemen itu akan ditolak ke tepi untuk seketika.

“Kalau anda tengok ‘show’ saya di televisyen memanglah saya nampak cantik sebab ia adalah kehendak produksi.

“Tapi bila saya memasak di rumah, saya seperti orang lain juga. Mungkin saya lebih comot daripada anda,” katanya sambil ketawa.

Anis yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan berkata, beliau tidak mempunyai rahsia tertentu untuk kekal kurus.

“Saya hanya bersenam, tak makan coklat dan kurangkan gula. Bukan untuk jaga berat badan atau untuk saiz badan, tapi untuk kesihatan. Saya tak mahu ada masalah kesihatan di kemudian hari,” katanya yang gemar makan masak lemak daging salai.

Mengenai saingannya dalam APO 2016, Anis berkata, beliau tidak pernah melihat mana-mana chef sebagai pesaing, namun berterima kasih kepada peminat yang telah mengundinya.

Katanya, dalam industri yang kecil tetapi semakin berkembang ini, ramai chef diperlukan untuk memberikan ilmu dan pengetahuan mengenai selok-belok makanan kepada masyarakat.

“Siapa menang tak penting, bagi saya berkongsi ilmu dengan orang ramai lebih utama.

“Kalau bukan sebab masakan, saya tak mungkin berada di televisyen sebagai artis,” katanya.

Orang ramai yang ingin mencalonkan artis atau selebriti pilihan mereka boleh melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my

APO2016 dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia akan disiarkan secara langsung pada 30 April depan menerusi TV2 pada pukul 9 malam bertemakan Glam Digital.-mstar

Munafik cipta sejarah baru

$
0
0
munafik01.transformed

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 32, terus melakar magis tersendiri menerusi filem terbaru arahannya, Munafik.

Filem bergenre seram Islamik itu mencipta sejarah baru apabila mencatat kutipan RM10 juta selepas 14 hari tayangan.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof mengakui terkejut dengan sambutan di luar jangkaan itu.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini kerana ia naskhah berat.

“Lagipun ia filem eksperimen saya dengan mengetengahkan genre seram Islamik. Apa saya boleh katakan, Munafik adalah karya yang lahir daripada hati saya,” katanya.

Syamsul turut bersyukur apabila filem itu menjadi filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi dalam tempoh tujuh hari tayangan di Singapura dan Brunei sejak mula ditayangkan pada 25 Februari lalu.

“Berbanding filem saya terdahulu, Munafik mendapat sambutan luar biasa. Bukan apa, di kedua-dua negara itu pasaran filem Melayu agak susah.

“Jadi apabila ia diterima baik, ia satu penghargaan buat saya dan seluruh pasukan. Tidak ada kata-kata mampu digambarkan selain rasa syukur. Diharap lebih ramai menonton filem ini,” katanya.

Jelas Syamsul, dia dan bapanya, penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, berkampung di pejabat setiap malam bagi memantau jumlah kutipan.

“Saya terkejut dengan sambutan luar biasa di Brunei dan Singapura. Apatah lagi tayangan filem ini serentak dengan beberapa filem Hollywood.

“Apa-apa pun, saya berserah dan tawakal kepada Allah. Sejak dari awal lagi, saya hanya berharap filem ini balik modal dan tidak rugi,” katanya.

Mengulas lanjut filem itu, Syamsul mendedahkan dia dan Nabila bergaduh di lokasi kerana mahu mendapatkan hasil terbaik dalam setiap babak.

“Bagi watak Maria lakonan Nabila Huda, saya memang paksa dan kerah tenaganya. Saya tahu dia pelakon yang bagus dan mampu melakukannya.

“Sehinggakan ketika menjayakan babak kena rasuk, dia sangat penat. Banyak kali babak itu diulang. Nabila sendiri naik pening kerana saya tidak pernah bersikap sedemikian dalam filem terdahulu,” katanya.

Sambung Syamsul, filem itu berjaya disebabkan komitmen tidak berbelah bahagi pelakon dan kru produksi.

Filem Munafik dianggap sebagai karya yang mengembalikan semula sentuhan berbisa Syamsul apabila mendapat perhatian ramai hasil hebahan mulut ke mulut peminat, selain video reaksi penonton yang menyaksikan filem itu sambil menutup mata di pawagam menjadi viral.

Terbit filem Tailong

Berkongsi projek seterusnya, Syamsul bakal menghasilkan filem aksi berjudul Tailong.

Filem itu mengambil inspirasi watak Tailong lakonan Datuk Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2.

“Insya-Allah, penggambaran akan bermula pada Mei ini. Tailong menampilkan Datuk Rosyam Nor selaku watak utama.

“Menerusi filem ini, saya mengupas sejarah hidup Tailong dan bagaimana dia menjadi jahat. Jika tiada aral melintang, Shaheizy Sam juga akan jadi sebahagian daripada produksi ini,” katanya.

Syamsul menafikan persepsi segelintir pihak dia sekadar mahu mengarah dan menerbitkan filem berunsur Islamik.

“Saya masih sama seperti dulu cuma dalam setiap filem saya akan selitkan elemen ketuhanan.

“Bagi saya, itu satu satu cara berdakwah menerusi penerbitan filem,” katanya.-harian metro

Watak gelap tinggal kesan

$
0
0
duduk01.transformed_1

Biarpun industri dibanjiri pendatang baru, pelakon Ryzal Jaafar sedikit pun tidak tergugat sebaliknya sentiasa positif memacu kariernya.

Jika pada awal kemunculan dia sering dilambak watak protagonis, kebelakangan ini Ryzal menyerlah dengan karakter gelap.

Malah dapat dilihat persembahan berkesannya dalam beberapa drama antaranya Bangkitnya Seorang Perempuan dan Aku Pilih Kamu berjaya membuatkan penonton benci sehingga terbawa-bawa di luar cerita.

Tidak mahu terlalu memilih watak, Ryzal yakin setiap tawaran yang disambutnya mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Awal pembabitan saya banyak dapat watak baik tetapi sekarang lebih kerap melakonkan karakter antagonis.

“Saya tidak minta watak seperti ini tetapi pemilihan dibuat stesen TV. Mungkin mereka mahu beri peluang watak seperti ini kerana setiap karakter itu pemilihan dibuat oleh stesen TV. Mungkin mereka mahu beri peluang kepada saya untuk cuba karakter gelap pula.

“Pasti ada sebab mengapa mereka berbuat demikian. Sebagai pelakon apa salahnya saya mencuba. Tak sangka lakonan saya meninggalkan kesan di hati penonton hingga ada yang bencikan saya.

“Mereka marah di Instagram saya sehingga ada yang mahu bakar dan menggunting rambut saya,” katanya.

Ryzal mengakui tidak sedikit pun terkilan dengan reaksi agresif peminat sebaliknya bangga kerana lakonannya berjaya.

“Mula-mula rasa tidak selesa juga melakonkan watak antagonis, tetapi apabila berjaya buat peminat benci, rasa seronok pula. Bukan semua tak suka, ada juga yang puji dan faham itu hanyalah lakonan.

“Mulanya rasa rimas juga dengan komen yang diberikan, tetapi apabila dengar nasihat rakan saya boleh terima keadaan itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Ryzal berjudul Mr Tanda Soal bakal menemui penonton di TV3 pada Ramadan ini.

Menerusi drama berkenaan, sekali lagi Ryzal diberikan watak antagonis dan lelaki kasanova bernama Hairi.

“Ini adalah watak antagonis keempat lakonan saya. Diharap peminat dapat terima dan terus menyokong saya,” katanya lagi.-harian metro

Hubungan Elly Mazlein, Bekas Suami Baik Demi Anak

$
0
0
elly 2

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memberitahu hubungannya dengan bekas suami iaitu pengarah drama Azmi Hatta, 40, akan kekal baik demi anak yang baharu dilahirkan pada Rabu lalu.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina, 36, berkata, dia enggan menjelaskan punca perpisahan terjadi dan meminta orang ramai serta pihak media menghormati keputusan tersebut.

“Maaf saya tidak boleh komen panjang, cukuplah berita tentang perpisahan kami yang sudah keluar itu, apa yang pasti hubungan kami akak kekal baik demi anak kami yang baru lahir ini.

“lagi pula saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak, cukuplah orang tahu kami sudah berpisah dan tidak perlu tahu lebih mendalam,” ujarnya kepada mStar Online.

Elly berkata demikian ketika diminta mengulas berita perpisahannya dan suami Azmi Hatta yang dilaporkan berlaku sekitar tahun lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 pada satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, bersebelahan kubur ibunya di Puchong, dekat sini.

Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada petang Rabu lalu.

Tambah Elly lagi, dia tidak suka untuk berkongsi berita buruk berkaitan hal peribadinya kepada umum.

“Saya suka kongsi hal-hal yang indah sahaja kepada peminat-peminat, hal-hal sebaliknya saya lebih suka simpan untuk diri sendiri,” ujarnya.

Sementara itu Azmi Hatta ketika dihubungi berada di hospital melawat Elly selain mengurskan anaknya yang baharu dilahirkan itu. Dia bagaimanapun tidak dapat mengulas mengenai hal berkernaan.

Azmi kini turut sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Puntianak Sesat Dalam Kampung terbitan Zeel Production yang bakal bersiaran tidak lama lagi di Astro Prima.-mstar


Adi Putra pilih Mira Filzah, Imam Muda Hizbur

$
0
0
image

SEBAGAI selebriti terkenal, aktor kacak, Adi Putra semestinya tidak mempunyai masalah untuk menggunakan popularitinya demi melariskan perniagaannya.

Pun begitu, Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim yang juga merupakan pemilik agensi mengelola umrah, Hadid Travel & Tours enggan untuk mengaplikasikan kaedah tersebut.

Bahkan, pelakon berusia 35 tahun itu lebih selesa menggunakan cara yang sama seperti agensi umrah lain iaitu melantik duta daripada kalangan selebriti.

Tidak cukup satu, sebaliknya Adi melantik dua selebriti yang masih muda iaitu pendatang baharu, Mira Filzah dan Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi menjadi duta syarikatnya itu.

Bercerita lanjut, kata bintang filem Suami Aku Ustaz ini, pelantikan itu adalah untuk menarik minat generasi muda dalam mengerjakan ibadah umrah.

Menariknya lagi, pelantikan dua duta ini kekal sepanjang hayat agar kelangsungan ibadah itu dapat terus dikekalkan seterusnya menjadi contoh kepada yang lain.

“Sasaran utama saya adalah untuk mendekati generasi muda, jadi saya merasakan pelantikan dua personaliti ini dilihat amat bersesuaian.

“Mira Filzah memberi contoh sebagai selebriti Muslimah yang memiliki penampilan yang baik manakala Hizbur Rahman pula dilihat sebagai ustaz muda yang boleh berkongsi ilmu dengan jemaah nanti.

“Malah, pelantikan mereka juga tidak termaktub pada tarikh tertentu kerana bagi saya ibadah mesti diteruskan sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program Umrah Bersama Selebriti, baru-baru ini.

Kata Adi, tidak hanya Mira Filzah dan Hizbur Rahman, program Umrah Bersama Selebriti turut melibatkan penyertaan daripada dua artis lain iaitu Roslan Shah dan AG dari Kool FM serta ikon, Maulana Noor Effendi Hamid.

“Insya-ALLAH, rombongan saya akan pergi ke Mekah terlebih dahulu bermula 4 hingga 14 April ini.

“Selepas itu, umrah bersama Roslan Shah (12 hingga 23 April), AG Kool FM (21 April hingga 2 Mei), Hizbur Rahman (12 hingga 23 Mei), Mira Filzah (4 hingga 14 Jun) dan Maulana Noor Effendi (16 hingga 27 Jun) pula akan menyusul,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Balistik ini akan berada di Mekah selama tiga bulan sehingga Ramadan nanti.

Katanya, selain menunaikan umrah, pemergiannya ke sana lebih kepada menyelesaikan urusan berkaitan jemaah sambil menyambut kedatangan sahabat-sahabatnya.

“Sebagai pemilik syarikat, saya perlu memastikan segala urusan di Mekah berjalan lancar.

“Agensi saya akan menyediakan segala kemudahan yang diperlukan jemaah ketika beribadah di sana nanti.

“Bukan senang mahu mengumpul wang untuk ke Mekah jadi saya mahu mereka dapat beribadah dengan selesa di sana,” katanya.

Malah, bagi melancarkan perjalanan tersebut, Adi turut menjalinkan kerjasama dengan agensi pengelola umrah yang lain iaitu Fa Izin International Travel & Tours.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pakej umrah itu boleh melayarifacebook.com/faizintravel, instagram.com/faizintravel atau berjumpa mereka di Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 Mac ini.

Ingin jadi seperti SRK

Sementara itu, berbicara mengenai karier seninya, Adi mengakui sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Lambaian Ramadan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Dalam drama ini, saya bergandingan dengan Siti Elizad. Insya-ALLAH, ia aka ditayangkan di TV3 pada Ramadan nanti,” katanya.

Menceritakan kejayaan gandingannya dengan pelakon baharu, Mira Filzah menerusi drama adaptasi Cinta Si Wedding Planer, kata Adi cabaran utamanya lebih kepada menyesuaikan rentak lakonannya agar persembahan mereka seimbang sekali gus tidak menampakkan jurang usia di antara mereka.

“Pada awalnya, ada yang bercakap gandingan kami tidak bersesuaian kerana saya lebih berumur.

“Namun, itulah sebenarnya cabaran saya. Jadi untuk tidak menampakkan jurang itu, ia perlulah ditonjolkan melalui gaya lakonan.

“Malah, saya juga tidak meletakkan diri sebagai pelakon senior selain cara Mira Filzah yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat,” katanya.

Pada masa sama, anak kelahiran Singapura ini turut mengambil contoh superstar Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) yang sudah mencecah usia 50 tahun tetapi masih bergandingan dengan heroin muda dan jelita.

“Saya mengenali SRK sejak kecil lagi dan dia masih hebat sehingga kini. Peningkatan usia sama sekali tidak menjejaskan kedudukannya sebagai hero paling disanjungi di Bollywood.

“Setiap heroin baru yang bergandingan dengan SRK pasti akan segera menempa nama dan kerana itu ramai berlumba-lumba mahu berlakon di sampingnya.

“Saya teringin menjadi sepertinya dan kerana itu saya tidak kisah digandingkan dengan pelakon baru,” katanya.-sinar harian

Karya ada ‘jiwa’ Alessia

$
0
0
karya01.transformed_0

Setiap tahun akan muncul pendatang baru dalam arena muzik. Dalam kalangan mereka, ramai juga yang berjaya menarik perhatian dunia antaranya Adele, Sam Smith, Lorde dan ramai lagi.

Kini, penyanyi dari Kanada, Alessia Cara mula mengikut jejak mereka.

Masih mentah dalam arena muzik, penyanyi berusia 19 tahun ini bagaimanapun membuka mata ramai pihak berikutan bakat besarnya dalam penulisan lagu.

Jika diamati betul-betul, karyanya sangat mendalam dan ada jiwa.

Popular menerusi lagu Wild Things ketika ini, Alessia sendiri sebenarnya tidak menyangka dia akan menakluk pentas suatu hari nanti.

Ketika berusia 13 tahun, penyanyi senegara Justin Bieber memberikan inspirasi buat Alessia mengejar impiannya.

“Sewaktu kanak-kanak, saya seorang yang sangat pemalu dan lebih rela terperap dalam bilik berjam-jam lamanya. Apatah lagi nak buat persembahan di khalayak ramai.

“Namun, ketika berusia 13 tahun, saya beranikan diri untuk memuat naik video nyanyian di YouTube selepas mendapat inspirasi daripada Justin Bieber. Kebanyakan lagu yang saya nyanyikan lebih kepada ‘cover version’ lagu-lagu hit terkini,” katanya.

Dengan cara itu, dia lebih yakin memperdengarkan suaranya tanpa perlu naik ke pentas. Tanpa ada niat langsung untuk menjadi popular, dia menjadikan platform itu sebagai tempatnya memperbaiki diri.

“Niat saya bukan untuk menjadi terkenal ketika itu. Saya cuma mahu orang dengar nyanyian saya dan tawarkan kritikan yang konstruktif,” katanya.

Dalam pada memuja ramai penyanyi baru yang sedang mendominasi pasaran muzik sekarang, Alessia ternyata ada artis pujaannya sendiri iaitu Amy Winehouse.

Malah, dia menggantung poster mendiang Winehouse di biliknya.

Menurutnya, dia mahu menjadi seperti idolanya itu.

“Sebagai seorang artis, dia benar-benar berjaya membuatkan orang jatuh cinta hanya dengan menyanyi menggunakan gitar dan cukup bersahaja.

“Begitulah yang saya mahu lakukan di mana saya ingin betul-betul sampaikan muzik itu ke dalam hati semua. Saya mahu mereka boleh kaitkan diri dengan lirik-lirik serta nyanyian saya itu,” katanya.

Di samping itu, Alessia juga mahu memperjuangkan hak wanita lebih-lebih lagi dia juga menjadi mangsa buli, baru-baru ini.

“Saya mahu bercakap bagi pihak remaja wanita kerana saya rasa kami sentiasa menjadi mangsa kritikan dalam kehidupan seharian. Kami dikawal dari segi pemikiran dan penampilan.

“Baru-baru ini, saya dikecam hanya kerana tidak mengenakan gaun sewaktu satu persembahan tahun baru. Amat menyedihkan kerana saya disifatkan berpenampilan seperti gelandangan. Apa kaitan cara pemakaian saya dengan persembahan?” katanya.-harian metro

Aweera Hidup Mewah Atas Usaha Jadi Artis

$
0
0
aweera 1

PETALING JAYA: Penyanyi Aweera menjelaskan kehidupan selesa yang dilaluinya sekarang adalah usaha kerasnya sendiri dalam industri hiburan tanah air.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 25, berkata, biarpun wajahnya kurang mendapat perhatian atau muncul di televisyen, namun tawaran untuk melakukan persembahan masih lagi berjalan sama seperti dahulu.

“Alhamdulillah hidup kini lebih baik dan berjalan lancar. Biarpun jarang keluar televisyen, tawaran persembahan saya sama sahaja seperti dulu.

“Apa yang ada adalah rezeki daripada Allah dan ia merupakan hasil usaha keras saya sendiri selama bergelar artis, bukan daripada pihak lain,” ujarnya.

Aweera diminta mengulas tentang gaya hidupnya yang kini dikatakan lebih mewah berbanding dahulu.

Baru-baru ini, penyanyi ini sering berkongsi beberapa keping gambar kereta dan motor mewah di laman sosial yang mana terdapat kenderaan dipamirkan adalah miliknya.

Pada Julai 2013, Aweera pernah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

“Saya muat naik gambar di laman sosial bukan bermaksud untuk riyak, ia sekadar suka-suka. Sejak saya jadi artis saya hanya pakai kereta buruk sahaja dan kereta itu masih lagi ada saya simpan kerana banyak berjasa.

“Kereta ini baru sahaja saya beli dengan duit yang saya kumpul, ia memang kereta idaman sejak mula menceburi bidang seni, Alhamdulillah sekarang baru dapat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aweera berkata dia kini sedang dalam proses mencari metarial untuk lagu baharunya.

Dia juga dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah kumpulan dengan nama Perweera tidak lama lagi.

“Sekarang sibuk kumpul metarial untuk single baru saya dan InsyaAllah saya akan bergerak secara berkumpulan semula dengan nama Perweera.

“Saya juga masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman saya Sony Music untuk projek tersebut,” ujarnya.

Selain itu, Aweera yang kini melebarkan sayapnya ke bidang lakonan baharu saja tamat dengan drama bersiri Inikah Cinta minggu lalu.

Dia juga sudah bersedia untuk menjadikan kerjaya lakonan sebagai salah satu sumber pendapatan dalam industri selaian bidang nyanyian.-mstar

Nana Sheme Terima Kritikan Lagu ‘Boleh Blah’

$
0
0
nana

PETALING JAYA: Penyanyi baharu Nana Sheme menerima segala kritikan terhadap single terbaharunya berjudul Boleh Blah yang dikatakan tidak mempunyai lirik yang baik.

Nana atau anma sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 21, berkata, apa yang disampaikan menerusi lagu tersebut hanyalah sekadar hiburan semata-mata.

“Saya akui banyak terima komen negatif tentang lagu ini, ada yang kata lirik lagu ini terlalu mudah dan ada yang kata sedikit kurang ajar tapi mereka kena faham ia adalah hiburan semata-mata.

“Ini bukan pertama kali, sebelum ini lagu Hantu Atau Buaya juga pernah dikecam kerana lirik yang mengarut, jadi saya sudah tidak terkejut dan biasa dengan perkara itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Nana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang lagu Boleh Blah yang merupakan single keduanya selepas lagu Hantu Atau Buaya.

Katanya, kritikan tersebut juga sedikit sebanyak membuktikan lagu berkenaan mendapat perhatian masyarakat.

“Saya ada baca di laman sosial komen-komen itu, ada yang saya balas dengan cara baik dan jika terlalu teruk saya biarkan sahaja.

“Pada saya kalau mereka boleh tahu dan hafal lirik itu bermakna mereka sudah dengar dan kaji lagu saya tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Nana yang masih lagi belajar di semester terakhir Diploma Bangunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia masih belum memulakan rangka promosi untuk lagu tersebut.

Bagaimanapun, dia bersyukur, lagu tersebut mula dimainkan di radio-radio tempatan dan mendapat tontonan yang tinggi di laman YouTube.

“Alhamdulillah, lagu itu sudah dimainkan di radio-radio tempatan biarpun saya tidak sempat lagi nak buat promosi untuk lagu tersebut kerana sibuk belajar,” ujarnya. -mstar

Lawa Nie Geng Ada Strategi Angkat Populariti Lagu Dihasilkan

$
0
0
Lawa Nie Geng 1

PETALING JAYA: Kumpulan rap duo iaitu Lawa Nie Geng menganggap tidak menjadi masalah jika mereka tenggalam kerana populariti artis lain yang diundang untuk melakukan kolaborasi dengan lagu mereka.

Lawa Nie Geng yang dianggotai oleh Muariffah, 23, (Abon) dan Alabbas, 23, (Muyu) berkata, situasi sebegitu dianggap sebagai lumrah bagi pendatang baru seperti mereka selain ia adalah satu strategi untuk peminat membeli album mereka.

“Soal ditenggelami artis-artis featuring dalam album sendiri, sebenarnya dari awal lagi kami sudah menjangkakan persoalan ini akan ditimbulkan. Jujur kami katakan, semua itu bukanlah satu masalah besar kerana di sebalik persoalan itu, kami ada strategi tersendiri.

“Strategi yang dimaksudkan di sini, bila sesebuah lagu featuring itu popular dan digemari, lambat-laun orang akan mencari di mana mahu mendapatkan album dan lagunya. Samada dibeli dalam bentuk cakera ataupun digital, itulah sasaran kami sebenarnya,” kata Abon.

Lawa Nie Geng kini popular dengan lagi Aduh-Aduh Sayang yang turut menampilkan penyanyi dari Indonesia iaitu Deasy Natalina yang turut menumbang suaranya dalam lagu berklenaan.

Pelancaran lagu itu telah diadakan di Redbox, Bangsar di sini pada Khamis lalu.

Menjelaskan tentang lagu berkenaan lagu ciptaan DJ Fuzz itu turut ,mendapat perhatian di Indonesia apabila ia berada dalam carta lagi di beberpa stesen radio negara sejak ia diperkenalkan pada Mei tahun lalu.

“Penerimaan peminat di sana pada lagu Aduh-Aduh Sayang amat membanggakan. Kita juga maklum bukan senang untuk lagu kita diputarkan di sana dan maklum balas yang kami terima tentang lagu itu sangat menyenangkan,” katanya.

Menerusi album Lawa Nie Geng terbitan Mixology, mereka mempertaruhkan 16 buah lagu antaranya Pasar Malam, Hilangmu Berganti ft Vince, Aku Keliru ft Raja Ema, Kita Punya dan Masalahmu ft Deasy Natalina.

Album yang diedarkan oleh Suria Records (SRC) ini sudah berada di pasaran.-mstar

Viewing all 5557 articles
Browse latest View live