KUALA LUMPUR: Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 14 April ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) dekat sini. Pelakon dan penerbit dari India berusia 51 tahun yang sering membawa watak utama dalam beberapa filem seperti Sultan, Dabang dan Bajrangi Bhaijaan dijangka akan memberikan persembahan menakjubkan dalam konsert ‘Da-Bangg The Tour – Live In Malaysia’ yang dibawakan oleh GHC Solutions Sdn Bhd. Pengerusi GHC Solutions Datuk Geethanjali G berkata Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy …
↧