KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, pelakon Izreen Azminda kini mengakui sedang mengenali seorang lelaki dan menyatakan kesediaan untuk kembali bergelar isteri. Memetik sumber Mstar online jelas Izreen, 32, dia dan lelaki berkenaan sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun yang lalu. “Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang, namun selagi belum ada apa-apa kata putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya. “Saya tak mahu dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi,” katanya kepada mStar Online pada Rabu. Aktres berkenaan ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Meeracle …
↧