KUALA LUMPUR:Pelakon Nora Danish menjelaskan bahawa dia tidak lagi menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utama seperti yang dilakukan lima tahun lalu. Malah jelasnya dia yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya Nedim Nazri pada tahun ini mahu memberi keutamaan kepada keluarga dan perniagaan yang diceburinya. “Pada usia ini lakonan hanya sebagai hobi sahaja dan saya tidak serius seperti lima tahun lalu. Saya merancang untuk berkahwin tahun ini dan Insya-Allah mahu memberi fokus yang lebih kepada keluarga. “Selain itu, saya juga sibuk dengan beberapa perniagaan yang saya ceburi,” ujarnya memetik sumber laporan mStar Online. Nora ditemui pada majlis tayangan filem …
↧