KUALA LUMPUR:Pengacara Sarimah Ibrahim memberitahu tempoh lima tahun dikatakan ‘hilang’ daripada industri penyiaran bukan kerana berhenti daripada bidang tersebut, sebaliknya aktif di pasaran berbahasa Inggeris. Bagaimanapun, Sarimah, 38, berkata, dia kini kembali semula aktif di program-program berbahasa Melayu atas sokongan peminat-peminatnya. “Ramai peminat bertanya kemana saya pergi, saya bukan menghilang atau berhenti daripada bidang penyiaran, cuma saya beralih ke pasaran berbahasa Inggeris di radio. “Saya ada juga buat program televisyen tetapi program bahasa Inggeris NTV 7. Kini baru saya berpeluang untuk kembali ke program bahasa Melayu,” ujarnya memetik laporan mStar Online. Sarimah ditemui pada sesi rakaman program terbaharu The Sarimah …
↧