Muzik sudah menjadi sebahagian hidup Mark Adam. Melalui muzik juga, penyanyi kelahiran Filipina ini berjaya mencipta nama di Malaysia dan merealisasikan impiannya membuka pusat latihan vokal dan persembahan pentas yang diberi nama Suara Academy. Mark berkata dia mahu melahirkan penyanyi berkualiti yang mampu membuka mata dunia untuk melihat bakat yang ada di Malaysia. “Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hasrat untuk buka pusat latihan vokal sudah lama ada dan pada Disember lalu saya mencari premis sesuai. “Selepas berbincang dengan isteri, kami sepakat memilih Damansara Perdana sebagai lokasi Suara Academy,” kata Mark. Menurut penyanyi berusia 38 tahun ini lagi, dia juga mahu mengubah …
↧