KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali tertangguh, Ayda Jebat akhirnya bakal melancarkan single popularnya, Pencuri Hati versi dangdut di Indonesia, awal Februari ini. Ketika ini, perancangan terakhir sedang dibuat bagi membolehkan Ayda terbang ke Jakarta, tidak lama lagi. Projek pelancaran single terbabit yang sudah dimuat naik di laman YouTube, beberapa tertangguh disebabkan jadual kerja Ayda yang padat. Ayda berkata, single terbabit dihasilkan khusus untuk pasaran Indonesia. “Sepatutnya saya berangkat ke Jakarta, bulan lalu tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhi,” katanya kepada BH Online. Ayda berkata, selain mempromosikan single Pencuri Hati versi dangdut, dia mahu mencari …
↧