BAGI menyemarakkan lagi lanskap dunia hiburan tanah air dan mengangkat muzik rock selain memberi lebih pilihan kepada penggemar muzik di negara ini, Astro Prima mengambil inisiatif mewujudkan program realiti terbaru berjudul Rockanova. Bakal disiarkan di saluran rasmi Astro Prima (105) dan siaran serentak di Maya HD (135) bermula 29 Mac kelak, Rockanova adalah program yang berkonsepkan pertandingan nyanyian untuk mencungkil bakat dalam muzik rock. Penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia dan Singapura dan tidak boleh terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan dengan mana-mana syarikat. Mengulas mengenai program terbaru ini, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pihaknya sentiasa mencari …
↧