KUALA LUMPUR: Pelakon Izzue Islam berjaya mencuri perhatian apabila dia mengalirkan air mata ketika membacakan puisi dalam program Doa Untukmu Rohingya pada malam Ahad. Program yang diadakan di Laman Santai, Istana Budaya dalam rintik hujan itu meruntum jiwa penonton apabila Izzue berjaya membangkitkan rasa simpati terhadap penindasan etnik Rohingya di Myanmar. Terdahulu, program anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) itu berjaya menarik kira-kira 10,000 penonton menerusi acara yang berlangsung selama 10 jam tanpa henti itu. Bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada 12 tengah malam, Doa Untukmu Rohingya turut berjaya menghimpunkan 1,000 penggiat seni yang bukan sahaja …
↧