KUALA LUMPUR: Seniman Tan Sri SM Salim pernah menitipkan amanat meminta stesen radio tidak menyiarkan lagu nyanyiannya selepas beliau menghembuskan nafas terakhir. Amanat itu disampaikan Allahyarham dalam satu temu bual eksklusif dengan akhbar Mingguan Malaysia dan petikan amanat itu disiarkan akhbar berkenaan pada 6 Mei 2001. “Janganlah mainkan lagu saya selama sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas saya meninggal dunia. “Bukan apa, kita yang hidup di atas bumi tidak tahu apa yang berlaku kepada orang yang meninggal dunia, jadi berikan sedikit ruang kepada mereka. Itulah yang saya harapkan,” pesan SM Salim. Dalam temu bual yang sama, Allahyarham mengharapkan …
↧