PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Manshahar memberitahu dia mengelak memuat naik gambar penuh wajahnya di laman sosial bagi memastikan ia tidak disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab. Tasha atau Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 23, berkata, dia mengambil langkah berjaga-jaga daripada sebarang tindakan buruk yang boleh menyunting gambar tersebut sehingga menimbulkan fitnah. “Saya tidak memuat naik gambar wajah penuh di laman sosial sebagai pendekatan untuk berjaga-jaga kerana saya tidak mahu ada pihak menyunting wajah saya kepada sesuatu yang lain sehingga menimbulkan fitnah. “Ada foto yang saya tutup muka separuh dan bahagian tepi agar tidak boleh disunting. Saya lihat ramai yang suka-suka menyunting muka …
↧