LOS ANGELES: Ketaasuban anak lelaki kepada pelakon Hollywood terkenal, Will Smith terhadap Kpop tidak dapat dinafikan lagi. Tidak hairanlah, Jaden sering dilihat melayangkan komen kepada artis-artis Kpop kegemarannya. Minat pelakon berusia 18 tahun itu tidak terhenti di situ saja. Sebaliknya, Jaden meluahkan hasrat untuk menjadi artis Kpop melalui laman Twitter. Melalui status Twitter yang dimuat naik Rabu lalu, Jaden mengejutkan ramai peminatnya dengan Tweet berbunyi: ‘Saya mahu menjadi bintang Kpop’. Jaden kemudian menguatkan lagi kenyataannya dengan memuat naik status berikut: ‘Sebenarnya, saya sangat serius mahu menjadi bintang Kpop’. Kenyataan itu kemudian dipetik laman hiburan Korea, Koreaboo. Dua minggu lalu, Jaden …
↧