PETALING JAYA: Pelakon Boy Iman merealisasikan impiannya untuk bergelar pengarah apabila tampil dengan projek sulungnya menerusi sebuah filem pendek berjudul Dendam Banglo Berdarah. Boy atau Norul Iman Abd Rahman, 36, berkata, dia menghasilkan filem itu kerana ingin mengubat kerinduan terhadap era penerbitan telefilem dalam format video cakera padat (VCD) yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. “Sudah lama saya simpan hasrat untuk mengarah filem dan alhamdulillah impian itu terlaksana apabila Dendam Banglo Berdarah siap pada Oktober lalu. “Idea menghasilkan filem pendek ini tercetus daripada rasa rindu saya terhadap zaman kegemilangan telefilem-telefilem yang dihasilkan dalam bentuk VCD sekitar tahun 2000 seperti …
↧