NAMA Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dia merupakan bekas penyampai radio tempatan terkenal. FBI juga pernah mengacarakan beberapa program televisyen popular seperti Akademi Fantasia (AF), Anugerah Juara Lagu (AJL) dan lain-lain lagi. Apabila Faizal membuat keputusan untuk berhenti berkhidmat di stesen radio Hot FM, ramai terkejut dengan keputusan diambilnya di kala sedang meniti populariti tinggi pada waktu tersebut. Menjadi pengacara Pencetus Ummah (PU) musim ke-4 bersama PU Azman dan Anis Al-Idrus, mungkin ramai tidak menyangka apabila nama Faizal disebut sebagai hosnya lebih-lebih lagi ia program keagamaan. Faizal berkata, dapat menjadi sebahagian keluarga …
↧