KUALA LUMPUR : Penyanyi, Hafiz Suip menyifatkan tanggapan berhubung kerjaya nyanyiannya yang semakin suram selepas mendirikan rumah tangga sebagai lumrah. Hafiz atau pemilik nama penuh, Mohd Hafiz Suip, 26, berkata, pandangan orang ramai diterima secara terbuka malah pada masa sama berusaha memastikan kualiti persembahannya terus meningkat. “Saya tidak menganggap isu nama semakin suram sebagai perkara besar kerana setiap penyanyi ada turun naiknya. Hidup ini ibarat roda, ada kala kita di atas dan ada ketika kita di bawah. Bagi saya, kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan. “Namun saya pasti peminat bijak membezakan perihal peribadi dan kerjaya kerana ia adalah dua cabang …
↧