Quantcast
Channel: OMG! – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5557

Konsert Selena Gomez tak batal

$
0
0
image (1)

KONSERT penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez tetap akan berlangsung di Stadium Malawati, Selangor, Isnin depan walaupun menerima bantahan daripada Pemuda Pas.

Demikian ditegaskan oleh Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah kepada Sin Chew Jit Poh, semalam.

Menurutnya, Majlis Berbandaran Shah Alam (MBSA) sudah meluluskan permohonan pihak penganjur untuk mengadakan konsert tersebut di stadium tertutup itu oleh itu tidak timbul sebarang masalah lagi kenapa ia perlu dibatalkan.

“Walaupun ada bantahan dengan meminta konsert Selena Gomez ini dibatalkan, tetapi sekiranya pihak penganjur dapat memenuhi semua syarat dan panduan yang telah ditetapkan dan ditambahkan lagi kelulusan daripada pihak kementerian pelancongan, PDRM dan pihak kastam, saya percaya konsert ini dapat berlangsung seperti yang telah dirancang,” katanya.

Dalam akhbar sama, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon meminta pihak polis dapat meletakkan lebih ramai anggotanya di sekitar kawasan stadium bagi memastikan konsert itu dapat diadakan tanpa sebarang gangguan.

Katanya, Pemuda Pas sudah kerap kali membantah beberapa konsert dan pertunjukan pentas yang diadakan di dalam negara kita.

“Saya harap Pemuda Pas menghormati hak bukan Muslim untuk menonton konsert ini,” kata Sin Woon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan.

Tiada hak tempoh parkir

Tempoh parkir maksimum dua jam di daerah pusat perniagaan (CBD) di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan tidak akan dilaksanakan.

Menurut Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, DBKL mengambil keputusan membatalkan undang-undang baharu itu kerana merasakan ia tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini.

“Bagaimanapun, caj parkir di CBD dari 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama, RM3 untuk jam kedua dan RM3 lagi untuk jam berikutnya tetap dikuatkuasakan,” katanya kepada China Press selepas beliau bersama ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan mengadakan dialog dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz, kelmarin.

Beliau membidas keputusan DBKL kerana mengenakan caj parkir yang terlampau tinggi malahan tidak mengambil pandangan daripada warga Kuala Lumpur terlebih dulu.

Kok Wai berkata, DBKL melantik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), cabang kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menguruskan sistem letak kereta di bandar ini.

“Pengerusi YWP dipegang oleh Tengku Adnan sendiri. Oleh itu, pelaksanaan caj parkir ini tidak telus dan dimonopoli oleh YWP.

“Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan akan bertemu dengan Tengku Adnan sedikit masa lagi bagi membantah YWP yang memegang hak pemungutan bayaran caj parkir di CBD,” jelasnya.

Netizen tidak yakin kemampuan Tun M

Hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu mendapat reaksi negatif daripada kalangan netizen.

Faktor usia Dr Mahathir dan jumlah parti pembangkang yang terlalu banyak menjadi antara sebab netizen kurang yakin terhadap parti baharu yang diasaskan oleh bekas perdana menteri itu.

Menurut Orientaldaily, ramai netizen mempersoalkan kemampuan Dr Mahathir bagaimana hendak menyatupadukan parti-parti pembangkang yang sudah begitu banyak ketika ini.

Selain itu, ada juga menjangkakan BN meraih kemenangan besar pada PRU14 setelah adanya sebuah lagi parti pembangkang baharu.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5557

Latest Images

Trending Articles



Latest Images