Quantcast
Channel: OMG! – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5557

Scha teruja berlakon dengan Alif Satar

$
0
0
KUALA LUMPUR 17 JULY 2016. Pelakon, Scha Al Yahya (kanan) bersama suami, Awal Ashaari (kiri) dan anak mereka, Lara Alana pada majlis rumah terbuka dan majlis pelancaran Kedai milik Rita Rudaini yang diberi nama Rumah Kueh di Kota Damansara. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM

KUALA LUMPUR: Fenomena yang dicetuskan Alif Satar menerusi drama Dia Semanis Honey turut membuatkan pelakon, Scha Alyahya teringin untuk bergandingan dengannya.

Sekali gus tawaran daripada seorang produser untuk membintangi sebuah telefilem bersama aktor dan hos berkenaan dianggap sebagai impian menjadi kenyataan.

“Saya memang sudah lama ingin berlakon dengan Alif Satar. Saya mengikuti perkembangannya sejak program One In A Million dan kemudian menyerlah dalam Dia Semanis Honey.

“Melihat keterampilannya tidak kira ketika mengendalikan program mahu pun berlakon, beliau cukup bijak dan bersahaja. Vokalnya selaku penyanyi juga menyerlah. Pada masa sama, beliau membuktikan status bapa dan lelaki yang sudah berkahwin bukan penghalang untuk terus melakar kejayaan.

“Bagi saya, status seseorang selebriti juga sangat subjektif. Lihat saja kemampuan dan kesabarannya, drama bersiri yang menggandingkannya dengan Siti Nordiana kini terus menjadi sebutan,” katanya.

Pelakon yang selesa disapa Scha itu berkongsi perkembangan terbaharu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan rumah terbuka premis makanan Rumah Kueh milik Rita Rudaini, Ahad lalu.

Kongsinya lagi, andai mengikut perancangan, penggambaran telefilem membabitkan mereka berdua bakal dimulakan bulan depan. Sempat bercerita pengalaman mengerjakan Umrah pada Ramadan lalu bersama suami, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana, dia bersyukur urusan mereka dipermudahkan.

“Ini pengalaman pertama saya mengerjakan Umrah pada bulan puasa. Walau keadaan cuaca di sana panas, ibadah dan ziarah dapat kami sempurnakan sebaik mungkin,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/175009

-BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5557