Quantcast
Channel: OMG! – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5557

Jihan tertekan akaun Instagram digodam

$
0
0
paslu.transformed

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara, Jihan Muse, 33, mengakui tertekan ketika akaun Instagram miliknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, Ahad lalu.

Bagi wanita yang popular dengan program Gegar Vaganza ini, media sosial adalah antara portfolio insan bergelar selebriti sepertinya.

Pemilik nama penuh Nuur Jihan Musa ini bagaimanapun melihat penganiayaan di media sosial itu dari sudut positif dan kini tampil dengan akaun baharu, @ku.jihanmuse bagi berkongsi perkembangan terkini kerjayanya bersama peminat.

“Akaun palsu kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, jadi saya tidak mahu peminat tertipu dengan akaun yang menggunakan nama Jihan Muse.

“Ia sedikit sebanyak merunsingkan saya kerana tidak mahu peminat salah faham dengan pihak yang ingin mengaut keuntungan menerusi jalan mudah. Saya juga bimbang jika pihak tak bertanggungjawab itu memuat status yang bukan-bukan, yang akhirnya mencalarkan imej saya.

“Saya pula tidak dapat menggunakan nama yang sama kerana ada pihak menegaskan dirinya adalah saya. Oleh itu, saya tampil dengan nama @ku.jihanmuse setelah puas mencuba beberapa kali untuk menghasilkan akaun Instagram baharu.

“Saya begitu terkejut sehingga berasakan cukup tertekan pada hari kejadian, namun akhirnya reda dan berpendapat ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” katanya kepada BH Online.

Tegas Jihan, beliau meminta pihak tertentu yang menggunakan namanya untuk tidak menipu peminat demi kepentingan diri.

Jihan juga berharap peminat mengambil langkah berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa helah pihak terbabit.

Jihan kini berada di Pulau Jeju, Korea Selatan, bagi menjayakan program Romantika bersama suaminya, Ungku Hariz Faizal, 31.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/148324

-BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5557

Trending Articles